Perbezeaan bentuk font logo MyRapid. kerana perbezaan font.
Baru-baru ini, saya melayari laman rasmi MyRapid dan mendapati logo MyRapid seakan-akan logo RapidKL yang dikongsi kepada Transit Malaysia setahun lalu.
Logo dicipta oleh saya tetapi mendapati terdapat kesalahan fontset. Logo arkib dari: Arkib Blog Sang Arnab Kelabu.
Sama ada pencipta laman web itu menciplak logo itu daripada Transit Malaysia atau tidak, mereka tidak memerhati logo itu secara betul sebelum menggunakannya. Ini adalah kerana fontset yang digunakan adalah salah.
Logo dicipta oleh saya bersama dengan pembetulan fontset. Logo arkib dari: Arkib Blog Sang Arnab Kelabu.
Setelah membuat beberapa pemerhatian, saya telah memahami cara untuk mengedit logo tersebut, sehingga mencapai dimana logo tersebut adalah sama seperti logo asal RapidKL
Logo dari laman web rasmi MyRapid. Logo dari: MyRapid.
Walaupun saya tidak berniat apa-apa kerana saya cuma mahu memperbetulkan apa yang saya nampak pelik. Artikel ini juga ingin mengingatkan pengusaha laman web MyRapid supaya membuat pemerhatian secara mendalam terlebih dahulu sebelum diletakkan untuk tantapan orang ramai.
Mungkin anda berasa pelik, kenapa saya mahu membuat bising atau memberi komen yang tidak masuk akal hanya kerana logo yang sekecil itu. Logo adalah identiti kepada suatu organisasi. Walaupun ada yang berpendapat logo bukan sepenting yang disangkakan, tetapi ia sememangnya memberi implikasi kepada orang lain tentang sesebuah organisasi itu.
2 comments:
ohh tk pernah terlintas pun..
awak suka logo eh ..
what is the fontset that used by rapid KL?
Post a Comment