Sunday, January 16, 2011

1Malaysia.com sedia gantikan Facebook

Hari ini, Mingguan Mstar menyiarkan artikel bertajuk, "1Malaysia.com sedia gantikan Facebook". 1Malaysia.com adalah laman sosial Malaysia yang dibuka kepada umum pada 12 Januari 2011. Ia dibangunkan oleh CASO Sdn. Bhd. bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Ezran Baharun, Tan Yew Hong dan sekumpulan pasukan yang membantu mereka. 

Ianya dijangka menjadi ganti kepada laman sosial terkemuka di dunia, Facebook sekiranya desas-desus mengenai penutupan laman tersebut adalah benar (pada 15 Mac). Ia memberi nafas baharu kepada penduduk Malaysia yang gemar melayari laman sosial Facebook sekiranya penutupan itu berlaku. Mereka menyatakan bahawa sekiranya Facebook benar-benar ditutup, terdapat laman alternatif seperti Twitter, Myspace dan Friendster yang boleh dilayari.

Ciri-ciri 1Malaysia.com mempunyai beberapa tempat yang seakan-akan Facebook dan Friendster. Anda sememangnya perlu memerhati secara teliti untuk mengetahuinya. Ia juga mempunyai ciri perbualan seperti Facebook selepas anda menerima seseorang itu sebagai rakan anda. Kebanyakan ciri-ciri lain menyerupai Friendster (sebelum ditukarkan ke warna hijau). Tetapi, laman ini sering kali akan mengalami masalah teknikal dari masa ke masa, kemungkinan disebabkan traffik yang terlalu tinggi.

Ayuh! Sama-sama kita jayakan laman sosial 1Malaysia.

Salam 1Malaysia
"1Malaysia, Menjana Transformasi"


1 comments:

Bee said...

uit ada ker ? tk tahu pom!

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates