Saturday, November 20, 2010

Tahukah anda? Baju PBSM tidak boleh dipakai merata tempat?

Sebelum saya memulakan topik ini, biarkan saya memberitahu pengalaman PBSM saya. Saya menyertai PBSM secara aktif bermula dari darjah 4 sehingga Tingkatan 6 dan secara separa aktif pada dua tahun selepas tamat persekolahan. Saya memegang pengerusi PBSM sekolah selama 2 tahun (pada Tingkatan 4 dan 5) dan telah mengambil ujian lencana Pertolongan Cemas semasa Tingkatan 5. Secara tidak formal, saya bersama beberapa rakan telah dinaikkan pangkat dan saya berpangkat "Sarjan". 

Pakaian lengkap uniform Persatuan Bulan Sabit Merah -GDI

Saya lebih mendalami aktiviti PBSM bermulanya selepas memasuki Tingkatan 1 dan mula mempelajari ilmu pertolongan cemas dan giat menjalankan aktiviti untuk PBSM. Untuk sekolah saya, PBSM-lah merupakan persatuan paling lemah dalam pertandingan kawad kaki dan sering dipandang hina oleh lain-lain ahli dari persatuan masing-masing. Walaupun setiap kali pendaftaran bermula, seramai beratusan orang menyertai PBSM tetapi pada perjumpaan, hanya 50 orang yang hadir secara aktif.

Setiap kali perjumpaan, guru penasihat kami akan mengingati kami, pentingnya peranan PBSM - sama penting dengan lain-lain persatuan yang sedia ada. Kami juga diminta untuk jangan memberi pandangan yang sama dengan PBSM dan St. John Ambulans. Guru penasihat kami merupakan seorang yang sentiasa bersama dengan PBSM, tidak kira apa jua keadaan. Beliau juga menyertai PBSM semasa bermula zaman di maktabnya. 

Kami akan ditegur sekiranya kami tidak memakai uniform ataupun kemeja-T PBSM dengan tidak elok, tidak lengkap ataupun tidak senonoh. Kami juga sering diberi amaran bahawa baju PBSM tidak boleh dipakai sesuka hati dan ke mana sahaja kerana sekiranya berlakunya kemalangan, si pemakai akan/perlu memberi pertolongan cemas (walaupun ilmu pertolongan cemas anda cetek atau tiada langsung). Semasa menghadiri kursus di peringkat daerah ataupun negeri, kami juga diberitahu bahawa baju PBSM juga tidak boleh dipakai sesuka hati. 

Namum, di zaman persekolahan sekarang, terdapat ramai orang tidak tahu perkara ini. Setiap hari Rabu, pelajar/murid dibenarkan memakai baju unit beruniform masing-masing (termasuk PBSM) ke sekolah. Adakah anda masih memakai baju PBSM anda ke pusat beli-belah, ke pusat tuisyen dan bersiar-siar? Anda perlu berhati-hati dan mendoakan agar tiada apa-apa kemalangan berlaku (tidak kira kemalangan maut ataupun kemalangan biasa - termasuk kemalangan terjatuh atau terkerat jari).

Disebabkan salah satu falsafah PBSM ialah memberi khidmat kemanusian, ia tidak terbatas kepada mereka yang sudah mahir atau professional dalam ilmu pertolongan cemas. Ahli biasa PBSM juga termaktub dalam falsafah ini. Cuba anda bayangkan sekiranya ahli keluarga anda mengalami kemalangan dan terdapat ahli PBSM berdekatan dan dia hanya melihat dari jauh. Apakah perasaan anda? 

Sekarang, ke mana sahaja kita akan kelihatan orang memakai baju PBSM (tidak kira uniform atau kemaja T). Kadang-kala saya juga berasa marah kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka telah membuat mereka lupa bahawa setiap kali kita memakai uniform, kita kena mempunyai tanggungjawab yang tersediri - seperti anggota polis, anggota bomba, angkatan tentera mahupung ahli RELA atau pertahanan awam memakai uniform mereka masing-masing.

Sekiranya anda mahu memakai baju PBSM selain daripada pulang ke rumah, anda dinasihati untuk memakai satu lagi jaket ke tempat yang ingin dituju seperti anggota-anggota penguatkuasa memakainya selepas waktu berkerja. 

Satu nasihat umum daripada
Bekas Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah
SLY-131, Tahun 2003-2004.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates