Saya telah mendapatkan rapidpass pada 2 bulan lepas untuk digunakan untuk tujuan urusan kerja dan pada masa yang sama untuk urusan peribadi. Pada akhir bulan Oktober, saya mengalami cacar air yang telah menyebabkan saya tidak dapat ke mana-mana selama 2 minggu.
Setelah sembuh, saya kembali bekerja seperti biasa. Tetapi, saya tidak mahu menggunakan rapidpass oleh kerana bas RapidKL jarang memasuki kawasan saya kerana tidak mahu memasuki ataupun kelewatan untuk sampai (di luar jangkauan tempoh yang ditetapkan oleh RapidKL).
Oleh itu, saya menggunakan perkhidmatan bus dari SJ Bus yang membenarkan saya untuk sampai di Stesen LRT Maluri sebelum 8:40 pagi, melainkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Cheras (kadang-kala terpulang kepada pemandu bas kerana ada pemandu bas yang memandu dengan cepat dan ada yang memandu seperti kura-kura).
Memandangkan kad rapidpass tidak digunakan lagi serta pembelian kad tambah nilai RapidKL LRT, saya ingin menyahaktifkan kad rapidpass. Setiap kali saya ingin menyahaktifkannya, pekerja-pekerja di kaunter di Stesen LRT Cempaka akan berkata, "Hanya kaunter sebelah (arah berlawanan) sahaja yang boleh buat." Kemudian, saya ke Stesen LRT Maluri dan mereka akan menyatakan, "Offline! Kena tunggu pukul 4."
Perkara ini berlanjutan apabila semalam, saya sekali lagi ke Stesen LRT Cempaka untuk menyahaktifkan kad rapidpass saya. Jawapan yang sama diberi, "Tunggu pukul 4."
RapidKL sudah tidak memasuki kawasan saya secara konsisten, kekerapan bas juga berkurangan, malah adakalanya tidak sampai tepat pada masa lingkungan. Sekarang, malah mahu menyahaktifkan sekeping kad juga mahu meminta saya untuk menunggu sehingga masa yang ditetapkan, pada halnya saya mahu bergeges pulang ke rumah setelah selesai kerja pada pukul 2:30 petang.
0 comments:
Post a Comment