Wednesday, November 24, 2010

Nostalgia kembali ke mindaku

Setelah bekas sekolah menengah saya mengadakan Malam Amal dan Pelancaran Alumni SMK Hulu Kelang, saya mula mencari data-data di dalam internet berkenaan dengan bekas sekolah saya. Saya juga berhasrat dan menawarkan diri untuk membantu Alumni SMKHK membuat weblog [di mana masih dalam konstruksi]. 

Saya juga berasa bertuah kerana terdapat seorang yang tidak dikenali di sebuah forum menolong saya untuk mendapatkan lencana SMKHK dalam bentuk vektor. Berbekalkan dengan apa yang ada, saya memulakan projek ini dengan serta-merta.

Pada masa yang sama, saya juga mendapati bahawa Alumni SRK 2 Kuala Ampang juga telah mengadakan Majlis Pertemuan Semula Alumni SRK2KA - seminggu selepas Majlis Amal SMKHK. Saya berasa sedih kerana tidak dapat menghadiri kedua-dua majlis yang dianjurkan oleh bekas-bekas sekolah saya, tempat saya mendapat ilmu.

Segala nostalgia pada masa persekolahan kembali ke minda saya. Sekali lagi, saya terpaksa bertahan kerana hal-hal peribadi membuat saya tidak dapat berjumpa rakan-rakan sekolah ataupun pulang semula ke Kuala Ampang. Walaupun saya memutuskan segala hubungan yang berkait dengan bekas rakan-rakan saya di Kuala Ampang, ianya tidak menghalang saya untuk menolong sekolah dan guru-guru saya yang telah menolong saya mencapai kecemerlangan dalam hidup.

1 comments:

Unknown said...

Sy pon bekas smhkl 1980-1984 dan x srkka2 dr 1974-1979

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates