Tuesday, November 30, 2010

Rakyat tidak perlukan Warisan Merdeka

Dari kiri: Kuala Lumpur yang serba moden, contoh replika bangunan Warisan Merdeka, perkhidmatan broadband yang kurang memuaskan, jalan-jalan di bandar rosak, longkang monsun dan pengangkutan awam Malaysia. -GDI
Permodalan Nasional Berhad mencadangkan pembinaan bangunan mega 100 tingkat yang dinamakan sebagai Menara Warisan Merdeka yang akan menelan belanja sebanyak RM5bilion. Tapak projek adalah di tapak Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Sekiranya projek itu bermula dalam masa terdekat, projek itu dijangka akan siap pada tahun 2015.

Semasa kepimpinan Tun Dr. Mahathir, Malaysia telah mencapai kemajuan yang tidak dapat dibayangkan oleh mana-mana kuasa besar di dunia. Kuala Lumpur telah menjadi bandar yang moden dan maju, seterusnya berkembang ke seluruh Lembah Kelang untuk membentuk bandar metropolitan (Greater Klang Valley).

Namun, kita dapat melihat dari luaran iaitu Kuala Lumpur berkembang pesat tetapi terdapat banyak perkara yang perlu dipertingkatkan supaya Kuala Lumpur boleh mempunyai daya saing dengan negara-negara membangun. Projek RM5bilion itu tidak mengubah mana-mana perkara yang akan disebut kemudian. Mengapa kerajaan tidak mengunakan duit sebanyak itu untuk membuat pernambahan infrastruktur untuk menjadikan Malaysia betul-betul maju?

Kuala Lumpur adalah sebuah bandaraya yang sibuk. Kebanyakan mereka yang berkerja akan membawa komputer riba mereka untuk meneruskan kerja mereka tanpa mengira di mana jua mereka berada. Sama ada semasa makan tengah hari, berjumpa klien dan sebagainya. Yang menyedihkan, talian internet di Kuala Lumpur dapat memenuhi kehendak orang ramai.

Kemudahan internet di Kuala Lumpur sering mengalami masalah-masalah seperti talian terputus, liputan jalur lebar yang tidak meluas, gangguan talian dan kelajuan internet yang lambat - menyebabkan ramai pengguna tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Mereka yang menggunakan jalur lebar di rumah, mereka berasa tertipu dengan iklan-iklan yang mengatakan syarikat telekomunikasi menyediakan internet jalur lebat terbaik. Namun, apa yang mereka dapat tidak setimpal dengan apa yang dibayar.

Jalan-jalan raya di kawasan Kuala Lumpur juga tidak sebaik mana. Kebanyakan jalan-jalan raya di Kuala Lumpur tidak pernah ditar semula selepas pembinaan jalan tersebut. Sekiranya jalan berlubang, pekerja dari kerajaan tempatan hanya menutup lubang sahaja. Ada jalan-jalan yang merekah hanya ditimbun dengan pasir.

Saya amat memahami sekiranya pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak dapat menutup kesemua jalan-jalan raya untuk mengtar semula, tetapi pihak DBKL boleh menutup kawasan demi kawasan untuk memperbaiki jalan-jalan yang sedia ada dari semasa ke semasa.

Longkang-longkang juga adalah salah satu daripada masalah utama di Kuala Lumpur. Sistem peparitan di Kuala Lumpur yang tidak besar dan tersumbat menyebabkan banjir. Banjir di bandar utama seperti Kuala Lumpur tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa dan dipandang secara ringan.

Longkang-longkang dan parit-parit di Malaysia perlu diperbesarkan (diperluaskan) agar masalah banjir dapat dibendung secara serius. Untuk mengelakkan banjir daripada berlaku, longkang dan parit memainkan peranan yang sama penting seperti terowang bawah tanah dan anti banjir (SMART).

Pengangkutan awan di Kuala Lumpur wajar dipertingkatan mutu perkhidmatan masing-masing, tidak kira perkidmatan bas, teksi ataupun sistem keretapi. Pengangkutan awam merupakan sumber penting kepada para pelancong asing yang datang melawat negara kita. Kosistensi masa perjalanan pengangkutan awam kita sering dipersoal oleh pelancong-pelancong asing malah rakyat kita sendiri mengadu tentang pengangkutan awam.

Bas tidak kerap, teksi cekik darah, masalah teknikal dialami oleh sistem transit aliran ringan (LRT) dan masa ketibaan keretapi yang panjang menyebabkan kebanyakan orang hilang kepercayaan kepada sistem pengangkutan. Ramai memilih untuk menggunakan kendaraan masing-masing juga penyumbang utama kepada pencemaran udara.

Sudah tibanya masa untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjalankan kempen bumi hijau dengan melarang penggunaan plastik secara meluas seperti mana yang sedang dilakukan di Selangor dan Pulau Pinang  demi kebaikan bandaraya kita. Walaupun ianya susah untuk dilaksanakan di bandaraya ini, tetapi ia adalah  kebaikan dan juga kebersihan bandar.

Oleh itu, wang yang akan digunakan untuk projek mega itu adalah lebih baik untuk digunakan untuk meningkatan mutu perkara yang disebut di atas. Kebaikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak termasuk kerajaan kerana ianya bukan sahaja dapat menjana pertumbuhan ekonomi malahan dapat menarik lebih ramai pelancong asing untuk datang ke Kuala Lumpur. 

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates