Wednesday, December 1, 2010

Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita

Biarpun Bulan Bahasa Kebangsaan telah berlalu, saya tetap menyokong kempen "Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita". Tidak sesekali pun saya menulis blog saya dengan perkataan singkatan. Secara amnya, saya menggunakan bahasa Malaysia standard.

Tidak menafikan terdapat kesilapan tatabahasa dalam blog yang berbahasa Malaysia. Tambahan pula, saya tidak mempunyai ramai kawan-kawan berbangsa Melayu (kecuali Danial Fahmi) untuk memberi pertolongan dari segi tatabahasa. Namun, saya berusaha untuk tidak melakukan kesalahan tatabahasa. 

Walaupun laman blog saya tidak dikunjungi ramai orang, Bahasa Malaysia tetap akan digunakan untuk artikel blog yang saya fikirkan sesuai  untuk menggunakan bahasa yang ditutur oleh orang ramai. Selain bahasa Malaysia, blog ini kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris. 

Saya tidak pandai dalam bahasa Cina dan bahasa Jepun meskipun saya berdarah Cina kacukan Jepun. Selama ini, saya dididik di sekolah kebangsaan, bergaul dengan rakan-rakan yang berlain bangsa dan di rumah, saya hanya bertutur dalam bahasa Cina dialek Kantonis.

Akhir kata, saya akan meneruskan artikel berbahasa Malaysia untuk menunjukkan ketaatan saya kepada negara Malaysia dan mempertahankan bahasa kebangsaan.

Salam 1Malaysia.

1 comments:

Jimmy Jimboo (JJ) said...

thumbs up !! cantik bahasa malaysia awk . betul saya cakap ni . tatabahasa awak harus di puji ^,^

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates