Saturday, June 12, 2010

Patutkah Rapid Kuching menukar logonya sebelum diambil tindakan?

Seperti mana yang anda dapat lihat, terdapat 4 logo yang (direka semula oleh saya tanpa kebenaran dari pereka asal) digunakan oleh Prasarana, London Underground dan Rapid Kuching. Mengapakah Rapid Kuching ingin meniru style orang lain atau pereka logo (secara keseluruhannya) telah mati sehinggakan tiada orang lain yang mahu mereka logo?

Prasarana memiliki RapidKL, Rapid Penang, STAR LRT, PUTRA LRT dan Monorel KL (dan lain-lain yang tidak sempat saya ambil tahu). Perkataan Rapid sudah tidak menjadi perkataan asing di kalangan pengguna pengangkutan awam. Adalah amat diketahui bahawa, Prasarana tidak memiliki hak sepenuhnya dalam perkataan Rapid kerana ianya datang dari perkataan bahasa Inggeris. Nama penuh Rapid ialah Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras. Walaupun pihak Prasarana telah 'membuang' origami sesuku bulatan (atau lebih dikenali dengan huruf R kecil kerana perkataan Rapid) dan digantikan dengan ayat RapidKL (atau Rapid Penang), ia telah menimbulkan satu pemikiran di kalangan rakyat Sarawak ataupun rakyat bukan Sarawak bahawa Rapid Kuching adalah sebahagian daripada RapidKL atau Prasarana secara keseluruhan.

London Underground telah menggunakan logo bulatan (seperti mana yang dapat dilihat pada logo ketiga gambarajah di atas) semenjak tahun 1863. Walaupun sekarang terdapat berbagai jenis logo bulatan sebegini di London (United Kingdom), tetapi logo ini telah didaftar hak ciptanya oleh Transport for London. Tidak dinafikan terdapat negara Eropah yang lain mempunyai logo sebegitu tetapi ianya adalah penggunaan yang tidak mendapat pengesahan dari pihak Transport for London. Logo London Underground juga sama seperti logo RapidKL yang boleh dijumpai di mana-mana sahaja sehinggakan London Underground dan TfL membuat jualan lain seperti baju kemaja T.

Sebagai penutup, saya ingin meminta saudara dan saudari sekalian untuk meneliti logo Rapid Kuching dan RapidKL. Walaupun perkataan Rapid adalah sama tetapi terdapat tempat-tempat yang telah diubahsuai. Manakala, logo bulatan itu patut 'dibuang' sekiranya kerajaan negeri Sarawak tidak mahu dibicarakan kerana satu logo. Ianya akan menjejaskan reputasi atau nama negara Malaysia di mata antarabangsan kerana logo bulatan itu mungkin akan dijadikan satu isu yang besar oleh mereka yang ingin menjatuhkan nama Malaysia. Fikir dulu sebelum buang adalah slogan untuk kitar semula. Fikir dulu sebelum buat adalah kepada semua umat manusia yang berakal fikiran. Ambillah nasihat ini untuk masa depan Sarawak.

1 comments:

Asrulsani said...

Searching for 'logo putra lrt' has brought me to this post.

Tak sangka di Sarawak pun ada Rapid Kuching. Ingatkan anak syarikat Prasarana jugak. Ya, logonya memang memalukan. Kalaulah mat saleh terutamanya dari UK tu yang datang melancong ke Sarawak ternampak... ish..

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates