Tanda-tanda dilarang yang biasa dijumpai didalam semua gerabak tren RapidKL dan bus-bus RapidKL.
Kita sering menggunakan pengangkutan awam untuk ke destinasi-destinasi yang ingin dituju. Semasa di dalam bus, kereta api, tren aliran ringan dan sebagainya, kita kerap menjumpai orang-orang yang tidak mematuhi peraturan di dalamnya.
Ada yang ingin bersuara tetapi tidak mahu membesarkan lagi hal. Kakitangan yang bertugas juga tidak mengendahkan mereka yang berdegil. Ini menjadikan pengangkutan awam semakin kotor dan rakyat Malaysia, sekali gus tidak bermoral dan juga pengotor.
Saya amat bersetuju bahawa bukan semua rakyat Malaysia adalah pengotor dan tidak bermoral. Bukan sahaja pengangkutan awan, tetapi di semua tempat-tempat awam. Tandan awam tidak dijaga, sampah-sarap merata jalan, tiket dibuang atas bus dan makan-minum di tempat terlarang.
Amat kecewa sekali apabila bukan orang asing yang melakukan perkara sebegini. Malaysia merupakan negara contoh kepada negara-negara lain kerana rakyatnya yang berbilang bangsa menjaga keharmonian negara. Yang sedih, rakyat Malaysialah yang menunjukkan sikap tidak harmoni kepada pelancong-pelancong asing yang datang ke Malaysia. Malah pelancong-pelancong ini melihat sendiri rakyat negara sendiri membuang sampah-sarap merata tempat.
Bukan itu sahaja, pembuangan di tempat-tempat awam terutamanya di belakang lorong menjadikan tempat tersebut - tempat pembiakan tikus-tikus dan lipas, lalu menyebarkan penyakit. Longkang juga menjadi tempat pembuangan terbuka dan tidak terlepas dari menjadi mangsa sampah. Longkang yang tersembat menyebabkan banjir di tempat-tempat yang sesak, terutamanya banjir kilat.
Rakyat Malaysia diseru untuk menjaga kebersihan di semua tempat. Kerajaan tempatan juga telah menggunakan perbelanjaan yang tidak sepatutnya dibelanjakan ke atas papan peringatan tentang kebersihan bandar. Negara ini milik semua orang, bukan milik individu. Jadikan kebersihan amalan kita.
0 comments:
Post a Comment