Monday, August 30, 2010

Pujian atau kritikan?

Saya sentiasa memantau Google di atas sebab-sebab tertentu, TERUTAMANYA sekiranya terdapat artikel-artikel berkenaan saya atau apa juga yang melibatkan saya. Ianya termasuk laman blog saya, walaupun laman blog saya tidak sepopular laman blog orang lain.

Laman web theKLblog.com memberi komennya terhadap laman blog saya, "Muda-muda suda mau madi, apa macam?" Sumber dari: www.dosiwa.com

Pemantauan perlu dibuat dari semasa ke semasa untuk menghindari daripada sesetengah pihak, tanpa mengetahui apa-apa maklumat, memberi komen tanpa bukti yang kukuh. Inilah yang dikatakan sebagai "orang disebalik membuat desas-desus untuk merosakkan nama orang di alam siber."

www.sinzub.com memberi pandangan yang positif terhadap laman blog saya.

Perbuatan demikian amat menyedihkan kerana seseorang itu tiada bezanya dengan seekor anjing yang hanya menyalak tanpa ada orang atau benda.

Pada awalnya, saya berasa amat marah dan kecewa melihat perbuatan sebegini yang dibuat oleh orang yang tidak dikenali dan tanpa membuat rujukan awal terlebih dahulu. Akan tetapi, seseorang yang alim akan memaafkan mereka yang bersifat syaitan. Hanya Allah (Tuhan) akan membalas mereka yang membuat desas-desus semasa Hari Kiamat.

Saya juga berasa terhutang budi kepada mereka yang mempromosikan laman blog saya kepada dunia siber, walaupun laman blog saya ini mengandungi kandungan peribadi daripada kandungan sosial. Saya akan terus berusaha untuk memberi maklumat yang mendalam melalui ilmu pengetahuan yang dipelajari dan akal fikiran yang diberi.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates