Friday, November 19, 2010

Salam Aidiladha

Beberapa hari lepas, rakan-rakan yang beragama Islam menyambut Hari Raya AidilAdha ataupun Hari Raya Korban (Qurban). Mereka akan mengorbankan lembu atau kambing atau apa jua haiwan ternakan untuk diberikan kepada mereka yang miskin dan daif.

Penduduk kampung sedang mengorbankan seekor lembu -GDI.

Walaupun saya tidak mengeri apa yang disebalik pengorbanan itu (kerana saya hanya tahu pada musim Aidiladha, umat Islam akan ke Mekah untuk menunaikan haji) dan ingin mengetahui lebih banyak dan secara dekat. Malangnya, peluang itu tidak lagi dapat ditunaikan kerana saya tiada kawan-kawan berbangsa Melayu.

Di laman sesawang, banyak topik berbincangkan dengan daging lembu yang diagihkan digunakan untuk tujuan masakan, terutamanya rendang daging. Beberapa tempat di luar kawasan perumahan saya, terdapat beberapa gerai di tepi jalan masih lagi menjual ketupat dan lemang, walaupun Hari Raya Aidilfitri telah berlalu kira-kira sebulan lalu.

Saya sememangnya ingin mencuba lemang panas dan ketupat, bersama-sama dengan rendang ayam dan rendang daging. Olek kerana satu-satunya motosikal di rumah dipakai oleh adik pemalas saya untuk merauau-rayau, hasrat untuk membelinya tidak menjadi-jadi.

Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha (walaupun terlambat) dengan hati yang ikhlas. Maaf zahir dan batin [Oops!] Macam Hari Raya Aidilfitri pula. Semoga Allah memberkati Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia.

Salam 1Malaysia.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates