Thursday, January 20, 2011

Sleepy "rabbit"

KEBELAKANGAN ini, saya tidur (teramat) lewat kerana saya perlu membuat logo dan search Google untuk idea. Saya tidur pada pukul 2 atau paling lewat, pada pukul 2:30 pagi. Oleh kerana saya tidur lewat, saya mula malas untuk bangun awal pagi dan mula bergolek-golek di atas katil. 

Tambahan pula, saya telah membuka akaun 1Malaysia.com dan mula ketagih disebabkan terdapat rakan-rakan dari seluruh pelusuk negara Malaysia 'and some say from other countries' menambah saya menjadi kawan mereka (kerana saya menubuhkan group Majlis Himpunan Cina 1Malaysia). Penambahan rakan-rakan baru membuat saya tidak dapat memberhentikan tangan saya daripada menerima mereka dan mengucapkan terima kasih.

Saya berasa cergas dan cerdas semasa bekerja. Semasa dalam perjalanan untuk berkerja, saya boleh tertidur di dalam bas. Nasib baik air liur tidak meleleh semasa lelap pada pagi. Selepas waktu kerja, saya akan mula berasa amat letih semasa menaiki LRT ke Maluri. Setelah dapat menaiki bas untuk pulang ke rumah, saya akan terlelap lagi. Malangnya, setiap kali menaiki bas untuk pulang ke rumah, saya akan terlelap sehingga meleleh air liur. Entah ada orang ternampak atau tidak?

Di rumah pula, saya terus masuk ke bilik dan terlantar di atas katil saya sejerus saya pulang ke rumah, meletakkan beg saya, menanggalkan stoking dan baju saya. Ia hanya memerlukan beberapa minit untuk saya tertidur semula selepas saya terlantar di atas katil. Saya masih sempat membuka laptop saya dan mendengar lagu sebelum terlelap (kerana saya membukanya sambil menanggalkan baju dan stoking saya). 

Tidur yang nyenyak itu tidak diganggu sehingga emak saya memanggil saya untuk bangun dari tidur. Dia akan memberitahu saya supaya membuka shower dan set air untuk sederhana panas agar saya kelihatan lebih cergas. Selepas itu, makan malam dan terus ke laptop saya semula untuk mengikuti berita-berita "panas" di internet. Saya akan samada meneruskan pencarian di Google ataupun akan menonton WWE RAW, WWE Smackdown dan Ghost Adventures melalui Youtube Mobile, menggunakan handphone saya. 

SEHINGGALAH mata saya tidak dapat bertahan lagi, saya akan menutup laptop dan bermain dengan handphone saya sebelum mata saya tertutup secara automatik. Seperti yang dikatakan, masa tidur saya pada masa itu adalah antara pukul 2 hingga 2:30 pagi. Kitaran tidur saya berlanjutan sehingga hari ini, apabila saya diajak oleh boss saya untuk makan tengah hari bersama rakan-rakan setugas yang lain. Saya juga telah mendapat gaji RM1,5XX yang pertama. Gembira sungguh! Saya akan menggunakan duit ini untuk meraikan birthday buddy saya dan god-brother saya. 

Setelah cek itu telah dibank-in, saya akan membeli beberapa pasang baju dan seluar (termasuk spender Renoma) untuk Chinese New Year tahun ini. Untuk seluar pendek dan T-shirts, saya akan membelinya di pasar malam. Saya tidak perlu risau dengan phone bill dan broadband bill saya. Semua ini telah dan akan disettlekan oleh adik angkat saya. Saya akan mengajak adik angkat yang lagi satu untuk keluar berjalan-jalan juga. Shopping pun shopping juga, tetapi tak boleh overspent. Moga-moga dapat jimat serba sedikit untuk bulan ini untuk kegunaan emergency.

Salam 1Malaysia.
Broken Bahasa Malaysia.

1 comments:

Bee said...

chinese new year dah dekat kan best!

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates