Friday, January 21, 2011

Hari ini (21 Januari 2011)

Sebelum saya memulakan pos blog saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM" kepada rakan-rakan berbangsa India di seluruh negara. Marilah sama-sama kita memperjuangkan hak-hak minoriti melalui keharmonian beragama dan adat istiadat masing-masing.

Awal pagi hari Thaipusam, berlakunya pertengkaran di Facebook di antara saya dan adik angkat baru saya Reimond Khoo. Ini berlaku kerana dia memulakan dengan menyatakan kasih sayang tidak perlu terlalu keterlaluan. Saya yang menunjukkan kasih sayang saya kepada adik-adik angkat saya secara ekstrem selama ini terasa digugat oleh kata-katanya. Ia seperti satu cubaan untuk mengubah cara saya melayan seseorang. 

Pertengkaran ini berterusan sehinggalah saya terpaksa membuat pendirian yang tegas. Walaupun saya cuba memberi penjelasan kepadanya (dengan cara tegas), dia bukan sahaja tidak meminta maaf tetapi mengeruhkan keadaan dengan mengeluarkan kata-kata seperti orang tidak puas hati. Dia merupakan seorang penulis bukunya sendiri (dalam bahasa Cina Mandarin) dan menggunakan peribahasa Cina (peribahasa membetulkan seseorang).

Saya tidak mengharapkan perhubungan ini dapat diteruskan oleh kerana kedua-dua kami tidak dapat berhubung dengan bahasa pilihan kami. Ini disebabkan dia tidak fasih dalam Bahasa Inggeris dan menulis dalam Bahasa Cina Mandarin, manakala saya tidak fasih dalam Bahasa Cina Mandarin dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Sehingga kini, tiada apa-apa berita daripadanya dan telah memberi implikasi bahawa dia telah mempunyai kata putusnya (dan kata putusnya telah dimuktamadkan pada malam tadi).

Saya tidur lewat dan bangun pun lewat. Saya tidak membuka komputer riba dan pergi makan tengah hari. Sejurus itu, saya membaca surat khabar dan menonton drama Cina Mandarin bersiri baru di ntv7. Drama itu berjudul "The God of Medicine", setiap Isnin hingga Jumaat, jam 2:30 petang. Malangnya, saya hanya dapat menontonnya hari ini kerana saya akan habis bekerja pada jam 3 petang. 

Memandangkan saya berasa cergas, saya menolong emak saya untuk mengemas 'sampah-sampah' pak lang saya yang ditinggal bersepah untuk sekian lama. Sudah 'menjajah' beberapa bilik yang dijadikan stor, malahan bahagian luar dapur juga telah dijadikan tempat menyimpan 'sampah sarap' pak lang saya. Saya memberitahu kepada emak saya agar membuang apa-apa 'sampah' yang tidak berguna tetapi emak saya bertegas untuk menyimpannya untuk pak lang saya senang dicari semasa dia datang kelak. 

Menyusun semula 'sampah-sarap'nya bukanlah satu kerja yang mudah. Saya terpaksa mengharungi kotoran, peluh, lipan dan yang paling digeruni saya, LIPAS. Saya menyusun barang-barang di luar dapur supaya mempunyai tempat yang berlebihan untuk barang-barang di luar rumah dapat dipindah ke luar dapur. Luar rumah juga sarat dengan barang-barangannya. Walaupun emak saya membantah saya untuk membuang barangan tersebut, saya tetap tegas dengan pendirian saya dan membuang barangan yang ringan dan tidak dapat diketahui (dilihat) oleh emak saya. 

Saya juga menyusun rak-rak di bilik stor utama supaya barang-barang adik sepupu saya dimasukkan ke dalam bilik stor. Syukur kesemuanya dapat diselesaikan dalam masa dua setengah jam. UNTUK PENGETAHUAN ANDA, saya mengemas rumah adalah oleh kerana Tahun Baru Cina akan tiba tidak lama lagi dan rumah yang kemas dapat memberi implikasi yang bagus kepada ibubapa yang ingin mencari emak saya untuk mengasuh. 

Tidak mahu mengotorkan bilik saya selepas mengemas rumah, saya terus ke bilik mandi untuk mandi. Saya membuka komputer riba saya dan seterusnya mandi. Setelah mandi, saya pun memulakan TweetDeck saya untuk membalas kemaskini dari rakan-rakan. Emak saya memasak kuey tiao goreng sebagai makan malam. 

Saya juga pergi ke Pasaraya 99 untuk membeli Apollo Wafer Krim Coklat hanya RM2.40. Saya membawa 4 paket untuk malam tengah hari esok, emak mengambil 2 paket untuk dimakan dan saya mengambil 3 paket untuk dijadikan snek. Baki 3 paket lagi diletakkan ke dalam almari untuk esok. 

Sekarang, saya sedang mendengar lagu tema Doraemon sambil mengemaskini blog saya. Saya juga memuat turun koleksi album Doraemon dan juga bunyi deringan SMS untuk telefon mudah alih saya.


Salam 1Malaysia
"Budi Bahasa Budaya Kita"

0 comments:


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates