Saturday, December 4, 2010

Perkhidmatan bas RapidKL selepas kenaikan harga petrol

Petrol price up!! what else use Public Transport @MyRapidKL -@mohdazha on Twitter.


Baru-baru ini, kerajaan telah menaikkan harga barangan dan petrol selaras untuk memansuhkan pemberian subsidi ke atas barangan dan petrol untuk mengelakkan negara daripada muflis.

Rakyat yang terjejas akibat kenaikkan harga, akan mencari alternatif lain - termasuk menggunakan pengangkutan awam. Namun, adakah rakyat akan mempercayai perkhidmatan bas terutamanya RapidKL? 


Kebanyakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan bas RapidKL disebabkan oleh keselesaan yang diberi dan juga selamat dari warga asing. Tidak seperti perkhidmatan bas SJ dan Metrobus yang sering digunakan oleh warga-warga asing dan tidak mengedahkan keselamatan para penumpang. 

Saya juga bekas peminat setia RapidKL. Saya pergi berkerja dengan menggunakan bas RapidKL dan LRT.  Tetapi, RapidKL telah menghampakan saya. Bas RapidKL semakin berkurangan di kawasan perumahan saya dan menyebabkan kelewatan untuk saya sampai berkerja. 

Apakah maksud disebalik kekurangan bas? Maksudnya, bas RapidKL telah jarang memasuki ke kawasan perumahan saya. Pemandu-pemandu akan bertanya kepada penumpang sekiranya dia tidak mahu masuki ke kawasan perumahan saya sebelum mereka akan memandu masuk. 

Mengapa lewat sampai berkerja? Bas RapidKL di kawasan perumahan saya lazimnya memerlukan masa lebih kurang 30-45 minit untuk mendapatkan bas. Setelah mempunyai bas, ia akan masuk bersama 2 atau 3 bas sekali gus. Kemudian, penumpang akan diminta untuk menukar bas apabila bas memasuki hub dan sekali lagi akan menuggu samada sebentar atau 5-15 minit untuk mendapatkan perkhidmatan seterusnya. 

Disebabkan pemandu bas RapidKL juga perlu memberi tiket, masa berhenti di setiap perhentian bas memakan masa antar 3-5 minit. Kesemua ini masih belum lagi menambah kelewatan yang berlaku pada jadual kekerapan mereka dan kesesakan jalan raya.

Tambahan pula, tidak kesemua perhentian bas mempunyai kemudahan yang lengkap. Ramai pengguna terpaksa berdiri di bawah sinaran matahari ataupun meredah hujan untuk menunggu bas. Apatah lagi sekiranya mak cik, pak cik, datuk dan nenek yang menunggu bas? Lagi-lagi, mereka perlu menunggu masa yang lama untuk mendapatkan perkhidmatan bas sambil berdiri (samada di bawah matahari atau hujan).

Walaupun pelbagai pihak telah mengemukakan ketidakpuasan hati mereka, pihak RapidKL tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memperbaiki kelemahan mereka. Apa gunanya RapidKL memikirkan lebih banyak perkhidmatan sekiranya kelemahan terdahulu tidak dapat diperbetulkan?

Salam 1Malaysia
"Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita"

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates