Saturday, December 4, 2010

Kerbau membajak sawah, kuda pula makan padi

Kerajaan telah menaikkan harga barangan bersubsidi seperti  petrol RON95 mengalami kenaikan lima sen seliter, gula pula 20 sen sekilogram (kg), diesel naik lima sen, dan gas petroleum cecair PLG juga naik 5 sen - berkuatkuasa hari ini.

Selaras dengan itu, emak saya juga meminta untuk kenaikan bayaran bulanan daripada saya. Buat masa ini, saya sedang membayar RM150 setiap bulan kepada emak saya untuk kegunaan keluarga.


Permintaan emak saya itu tidak munasabah kerana hanya saya dan emak saya sahaja yang berkerja untuk membiayai rumah tangga. Sementara itu, ayah saya tidak mahu memberi apa-apa wang untuk membayar bil elektrik dan bil Indah Water. Dia hanya membayar untuk membeli barang keperluan harian.

Di dalam rumah saya, terdapat seorang lagi pemalas yang tidak mahu berkerja - iaitu adik saya. Walaupun pelbagai amaran telah diberi, dia masih berdegil untuk berkerja. Sekarang, dia menumpukan masanya berada di Kuala Ampang dan berlatih tarian singa untuk Tahun Baru Cina yang akan tiba dalam masa 2 bulan. 

Walaubagaimana pun, saya telah memberitahu kepada emak saya bahawa, sekiranya adik saya tidak mahu mencari kerja sebelum Januari tahun hadapan, wang bulanan itu tidak akan ditambah. Jikalau keadaan memaksa saya untuk membuat keputusan, saya akan berpindah keluar daripada keluarga saya.

Setiap awal bulan dan selepas cek telah diterima oleh bank, wang saya akan hilang sekelip mata untuk membayar bil. Gambar di atas menunjukkan saya hanya mempunyai RM2 untuk digunakan untuk bulan ini. Saya berkerja susah-payah, akhirnya "dimakan" oleh "kuda". Bah kata pepatah orang Cina: "Kerbau membajak sawah, kuda pula makan padi" [牛耕田,马吃谷。]

Salam 1Malaysia.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates