Setelah menikmati tambang diskaun yang ditawarkan oleh pihak RapidKL melalui promosi Kad Rabbit, saya terpaksalah membayar tambang bas seperti harga yang terdahulu. Sekarang, saya mempunyai 2 Kad Rabbit, satu untuk bas (berwarna merah) dan satu lagi untuk LRT (berwarna merah jambu). Diskaun telah berakhir pada awal bulan ini.
Di saat-saat untuk menjimatkan penggunaan wang, menaiki bas SJ adalah pilihan yang paling tepat disebabkan tambangnya murah (hanya RM2 untuk 3 zon). Namun, bus SJ juga telah menaikkan tambangnya ke RM2.50 seperti tambang normal. Ini adalah disebabkan pihak dari RapidKL membuat aduan kepada syarikat SJ kerana menerima tambang murah kepada pelanggan.

0 comments:
Post a Comment