Sunday, January 30, 2011

DiGi Broadband: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya

Saya sememangnya telah hilang kesabaran saya terhadap DiGi Broadband. Kepercayaan saya terhadap DiGi juga sudah luntur di hati saya. Perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan wang yang saya dibayar, malahan “kepandaian” strategi bisnes DiGi menyebabkan bandwidth saya ditelan habis sebelum saya sempat menggunakannya sehingga akhir bulan. Ia telah menjadi suatu perkara yang menyedihkan saya kerana saya telah banyak menulis kelemahan DiGi Broadband di laman blog saya dan telah menelefon pegawai perunding perkhidmatan DiGi.

Kelembapan perkhidmatan broadband DiGi menyebabkan muka surat pada sesuatu laman sesawang tidak dapat dimuat turun, ianya malah “menelan” bandwidth 10GB saya. Tidak cukup dengan itu, kadang-kala sesuatu laman sesawang disegarkan semula dan ianya juga “menelan” bandwidth. Cuba bayangkan sekiranya sesuatu muka utama laman sewawang perlu disegarkan selama 2 kali atau lebih untuk mendapat kesemua perincian di laman sesawang tersebut?

Setiap kali laman sesawang disegarkan, laman sesawang itu tidak akan terhenti daripada terus memuat turun data. Ia juga disebabkan oleh kelembapan perkhidmatan yang diperolehi dari DiGi. Oleh kerana ia terus memuat turun data, bandwidth juga “ditelan” sedikit demi sedikit sehingga bandwidth saya kering kontang.

Bil broadband dikemaskini setiap 16 haribulan bagi setiap bulan. Kini, saya dikehendaki membayar RM108 (tidak termasuk cukai perkhidmatan) untuk mendapat perkhidmatan broadband. Saya telah membayarnya untuk bulan lepas tapi malangnya, saya telah diberitahu bahawa saya telah menggunakan 75% daripada jumlah bandwidth saya. Baru sahaja dikemaskini, seminggu kemudian dah habis 10GB. Adakah anda akan percaya?


Sekarang, saya perlu bertahan untuk sebulan atau 2 supaya kawasan perumahan saya untuk mendapat bekalan talian UniFi Telekom Malaysia. Selepas itu, saya tidak perlu mengamuk kerana DiGi Broadband yang bangang dan penipu itu. Saya menasihati orang ramai untuk berfikir baik-baik sebelum mendapatkan DiGi Broadband. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Salam 1Malaysia
"Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita"

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates