על ידי הדם של ישוע המשיח, בן האלוהים
Saya terjaga pada pukul 12:30 tengah malam kerana diganggu oleh deringan telefon mudah alih. Apabila telah terjaga, saya memeriksa blog saya dan menonton video di Youtube sebelum tidur semula pada pukul 4 pagi. Setelah tertidur, saya mengalami mimpi yang teramat aneh dalam sejarah hidup saya.
Saya seakan-akan berada di satu lagi dimensi yang sama dengan dimensi sekarang. Malahan, saya juga berada di dalam bilik tidur saya dan segala benda pun sama seperti bilik tidur saya. Saya sedang tidur dan postur badan saya menghadap tingkap. Saya mampu membuka mata saya secara sepet untuk melihat sekeliling dan lelap semula setelah beberapa saat kemudian.
Bunyi-bunyi aneh mula kedengaran di sekeliling bilik tidur saya. Pelbagai bunyi memang dapat didengari dan yang paling saya ingat adalah bunyi koyakan kertas-kertas. Tidak membuang masa lagi, saya memberi arahan di atas nama Yesus Kristus (mengarah di dalam hati) untuk mengarah apa jua roh atau mahkluk halus untuk berambus dari tempat saya.
Tidak lama kemudian, segalanya telah kembali seperti normal dan saya dapat tidur lena sehingga pukul 8. Saya menceritakan kepada ibu saya tetapi dia tidak mempercayainya. Katanya, mungkin saya berasa letih kerana kerja-kerja saya. Oleh itu, saya mengalami mimpi sebegini. Nasib baik, ia tidak dapat menyentuh ataupun dapat berbuat apa-apa terhadap saya.
Faktor-faktor dikacau mungkin oleh kerana saya mendengar lagu-lagu suci agama Kristian (walaupun lagu-lagu itu merupakan lagu pertabalan Raja atau Ratu Britian). Saya mendengar lagu-lagu ini untuk memberi ketenangan kepada minda dan hati saya daripada berfikir secara tidak menentu. Tambahan pula, saya telah ke kedai buku agama Kristian petang semalam untuk memberi barang.
Lagi-lagi pun, saya yang sering keseorangan dan tidak mempunyai rakan yang ramai untuk membimbing saya merupakan beberapa faktor lain yang memberi peluang kepada ia untuk mengacau saya. Ini tidak memberi apa-apa implikasi kepada ia kerana ia boleh bertindak pada setiap masa sekiranya saya sudah keseorangan.
Lagi-lagi pun, saya yang sering keseorangan dan tidak mempunyai rakan yang ramai untuk membimbing saya merupakan beberapa faktor lain yang memberi peluang kepada ia untuk mengacau saya. Ini tidak memberi apa-apa implikasi kepada ia kerana ia boleh bertindak pada setiap masa sekiranya saya sudah keseorangan.
Syaitan merupakan mahkluk yang bertanggungjawab di atas perkara ini. Ia mahukan saya berasa gementar dan takut sehinggakan saya akan memberi ruang kepada ia untuk mengawal saya dan seterusnya membuat saya hilang kepercayaan kepada Yang Maha Berkuasa. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana dapat datang untuk menyelamatkan saya.
Blessed be the name of the Lord!
Salam 1Malaysia
"Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita"
Blessed be the name of the Lord!
Salam 1Malaysia
"Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita"
0 comments:
Post a Comment