Saturday, October 23, 2010

Hidup bagaikan sekuntum bunga

Tahukah anda cara-cara untuk menanam pokok bunga di halaman rumah anda.

Anda akan menanam benih bunga, menyiram air dan memerhatikannya tiap-tiap hari sehingga pucuk pokok bunga itu akhirnya dapat merasai dunia baru. Anda pasti akan teruja dan bertanya diri sendiri, "Adakah bunga ini akan tumbuh dengan cantik?" Selepas itu, anda akan meletakkan baja agar bunga itu akan tumbuh dengan sihat dan cantik.

Kemudian, bunga mula tumbuh dan makin mekar hari demi hari. Anda berasa gembira dengan bunga yang anda tumbuh lalu ianya mekar sepenuhnya. Anda akan takut sekiranya terdapat orang memetik bunga yang cantik ini. Anda juga akan melindunginya daripada dipetik mana-mana orang.

Nanum, bunga yang cantik tidak boleh mekar buat selama-lamanya. Kecantikkannya akan konyok dan akhirnya mati.

---

Semasa kita masih berada di dalam perut ibu, kita diberi makanan dan dibelai sehingga kita dilahirkan ke dalam kehidupan yang baru. Ibubapa kami akan membayangkan bagaimana rupa kami setelah kami dewasa selepas dilahirkan. Setelah itu, kedua ibubapa kami akan memberi segala yang terbaik - dari permainan kanak-kanak ke persekolahan dan pengajian tinggi.

Apabila kita telah menjadi remaja, ibubapa kami akan risau apa yang akan terjadi kepada kami. Mereka akan melindungi kami tidak kira dalam apa jua keadaan pun, kerana kecantikan kami dan kekacakan kami mengundang seribu satu musuh yang ingin mendampingi kami.

Kita boleh membayangkan kita mempunyai kekacakan dan kejelitaan yang tidak terhingga. Sehingga sanggup membuat apa sahaja termasuk mengadai diri. Namun, kejelitaan dan kekacakan itu tidak akan bertahan lama, oleh kerana satu hari nanti, kita akan menjadi tua (kerepot) dan pada masa itu, kita akan terfikirkan pelbagai perkara sehinggalah kita menemui ajal kita.

Saya disini tidak mahu menyentuh apa jua perkara kerana saya berasa akhlak moral kita pada zaman sekarang telah berubah. Perubahan inilah yang akan membinasakan diri kita sendiri kerana kejelitaan dan kekacakan diri dipentingkan daripada kejelitaan dan kekacakan dalaman.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates