Pada satu hari, seorang wanita yang datang dari kampung berada di stesen LRT seakan-akan sedang mencari sesuatu pada peta yang ditempatkan di papan kenyataan stesen LRT. Tidak lama kemudian, wanita itu keluar dari stesen dan melihat kawasan sekelilingnya.
Terdapat 2 orang anggota polis yang sedang membuat rondaan berhampiran stesen dan mereka ternampak wanita tersebut. Mereka risaukan tentang keselamatan orang awan dan menghampiri wanita wanita itu.
Polis #1: Ada apa yang boleh kami tolong?
Wanita : Saya mau cali Taman Maululi, u tau mana ar?
Polis #2: Oh! Masuk ikut jalan sebelah Jusco nanti boleh masuk ke dalam Taman Maluri. Guna jejantas, lintasi jalan dan jalan ke arah Jusco.
Wanita : Ya ka? Delima kasi manyak-manyak.
Polis #1: Sama-sama. Semoga puan dapat mencari destinasi yang dituju.
Wanita itu pun mengikut arahan anggota polis dengan melintasi jejantas dan ikut jalan arah Pusat Beli Belah Jusco. Selepas 15 minit perjalanan, akhirnya dia sampai ke Taman Maluri. Tetapi wanita itu berasa pelik kerana perkataan bahasa Cina pada papan tanda taman perumahan itu tidak menunjukkan bahawa tempat yang telah ditujunya adalah Taman Maululi.
Pada papan tanda taman perumahan itu tertulis "马路里花园" dalam bahasa Cina dan bukannya "卯露哩花园" seperti yang ditulis pada sehelai kertas dari saudaranya. Wanita tersebut meneruskan pencariannya dengan berjalan sambil mencari. Tidak lama kemudian, kedua-dua anggota polis tadi terserempak dengan wanita itu lagi.
Polis #2: Puan. Puan masih tidak dapat mencari tempat yang puan ingin cari?
Wanita : Susah o! Sudah jalan lama tak dapat cali lagi. Sini tulis Taman Maululi ma.
Polis #1: Ya puan! Puan sudah berada di Taman Maluri.
Wanita : Tapi itu Cina tulisan bukan itu tempat! Ini kertak tulis "卯露哩花园", sini tulis "马路里花园".
Polis #2: Maaf puan. Kami tidak faham bahasa Cina. Apa kata kalau pun cuba berikan kertas itu kepada kami.
Polis #1: Man (nama anggota polis #2), apa kata kalau kita panggil Tan datang tengok kertas ini. Kan dia tahu bahasa Cina.
Polis #2: Bagus cadangan itu. *bercakap ke arah 'walkie-talkie'*
Polis #1: Sekejap ya puan. Kami sedang meminta bantuan dari rakan setugas kami yang berbangsa Cina. Mungkin dia dapat menolong anda.
Wanita : Delima kasih ya.
Tidak lama kemudian, seorang anggota polis berbangsa Cina sedang bergesa ke arah kedua-dua rakannya dan wanita yang sedang menunggu penjelasan.
Polis #3: Ada apa hal?
Polis #2: Ini hah! Wanita ini sedang mencari sesuatu tempat tetapi alamat ini ditulis dalam bahasa Cina, jadi kami cari awak untuk tolonglah.
Polis #1: Lagipun awak lebih arif bahasa Cina.
Polis #3: *sambil membaca kertas itu* Aunty, 你要找什么地方?[Apakah tempat yang mak cik ingin cari?]
Wanita : 我要找"卯露哩花园",不过这里的花园是"马路里花园"。我也找不到在哪里?[Saya sedang mencari Taman Maululi, tapi di sini ialah Taman Maluri. Saya tidak dapat mencari tempat itu.]
Polis #3: 这里也没有写清楚是在哪里?可能是你的亲人写错了! [Di sini (kertas) tidak lengkap dengan arah tuju tempat itu. Mungkin saudara awak telah tertulis salah.]
Wanita : 你们警察是不是在耍我?他们刚刚说来到了这里就找得到"卯露哩花园"。[Adakah pihak polis sedang mempermainkan saya? Tadi mereka katakan sekiranya saya ikut jalan ke sini, saya akan menjumpai Taman Maululi.]
Polis #3: *menoleh ke arah rakan-rakannya* Betulkah kamu memberitahu kepada dia, sekiranya dia mengikut jalan ini, dia akan samapi ke tempat yang ditujunya?
Polis #2: Ya! Kenapa?
Polis #3: Dia ingin ke Taman Maululi bukan Taman Maluri.
Polis #1: Aik?! Saya ingatkan dia cakap Taman Maluri tadi. Jadi kami pun beritahunya di sinilah Taman Maluri
Polis #3: Dia sememangnya ingin mencari Taman Maululi tapi dekat sini mana ada Taman Maululi? Entah dekat mana tempat itu
Wanita : 你们谈够了没有?不要浪费我的时间。[Sudahkah kamu habis berbincang? Jangan bazir masa saya.]
Polis #3: 对不起!我们真的帮不了你。因为这里真的没有一个花园叫"卯露哩花园"。[Harap maaf! Kami benar-benar tidak dapat membantu puan kerana di sini tiada mana-mana taman yang dinamakan Taman Maululi.]

0 comments:
Post a Comment