Monday, June 21, 2010

RTM tidak wajar memonopolikan lesen penyiaran Piala Dunia 2010

Piala Dunia telah bermula dan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada rakyat Malaysia kerana RTM (TV1 dan TV2) mendapat lesen penyiaran Piala Dunia tetapi tidak menyiarkan keseluruhan perlawanan dan menyiarkan siaran tertunda kepada rakyat Malaysia. Jikalau RTM tidak dapat membuat liputan langsung, mengapakan RTM mengambil lesen penyiaran Piala Dunia? Mengapa tidak syarikat Media Prima mendapatkannya? Semua ini menjadi tanda tanya - secara berterusan.

Difahamkan selama ini RTM memonopolikan pelbagai perlawanan antarabangsa termasuk sukan Olimpik 2008 Beijing and lain-lain sukan antarabangsa. Pernah sekali RTM mengambil alih penyiaran perlawanan Formula 1 sehinggakan peminat Formula 1 berasa kecewa terhadap RTM kerana menyiarkan liputan tertunda daripada liputan langsung. Oleh kerana itu, RTM tidak dapat berkembang dari segi cara menarik penonton, tidak seperti stesen-stesen lain dibawah naungan Media Prima.

Astro merupakan satu-satunya syarikat penyiaran satelit yang membawa kesemua perlawanan bola sepak Piala Dunia. Tidak semua orang mampu ataupun mahu melanggan Astro (hanya untuk menonton Piala Dunia) kerana bayaran bil yang tidak dapat ditampung oleh sesetengah orang. Selain itu, pemilik restoran (kedai mamak) menjadi opsyen kepada peminat bola sepak Piala Dunia dan menjadikan satu tabiat yang buruk kepada rakyat Malaysia untuk singgah di restoran atau kedai mamak untuk memnonton Piala Dunia - sehinggakan apa jua perkara yang berlaku di rumah tidak dapat diketahui oleh mereka, sekiranya rumah mereka mempunyai kes-kes seperti rompakan, pecah masuk, kebakaran dan sebagainya,

Sekiranya, RTM betul-betul tidak dapat membuat semua liputan dan secara langsung, RTM perlu memberi peluang itu kepada mereka yang betul-betul berkebolehan untuk membuatnya. RTM tidak dapat membayangkan slogan 1Malaysia - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya. Tidak kira Piala Dunia ataupun apa-apa jua sukan antarabangsa, RTM sekiranya inginkan lebih ramai penonton, mereka sepatutnya mulakan dengan membuat lebih banyak liputan langsung dan keseluruhan sukan antarabangsa - melalui saluran khas untuk membuat liputan tersebut, memandangkan RTM sedang membuat beberapa saluran digital baru.

Janganlah sesekali "gaharu dibakar kemenyan berbau" kerana reputasi RTM akan terjejas sekiranya tiada perubahan berlaku setelah mendapat lesen-lesen penyiaran rasmi untuk apa jua perlawanan, pertandingan dan sukan antarabangsa. Peluang yang telah diberikan patut dihargai dengan sebaik-baiknya. Jangan juga menjadi "ingin hati melihat pulau, sampan ada penyaguh tidak'.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates