Friday, April 30, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor: Janji atau pembelian undi?

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini menyaksikan calon Barisan Nasional, P. Kamalanathan memenangi kerusi tersebut. Dengan itu, Barisan Nasional sudah mendapat semula perhatian rakyat setelah beberapa pilihanraya kecil sebelum ini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Selama ini, kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Dato' Seri Khir Toyo tidak mengendahkan sebarang hal-hal berkaitan dengan kawasan FELDA di dalam kawasan Hulu Selangor. Peneroka Felda Sungai Buaya pernah dijanjikan akan menerima kira-kira RM1 juta seorang sebaik sahaja mereka bersedia untuk menjual tanah mereka kepada syarikat pemaju pada penghujung 1994. Mereka seramai 363 peneroka menjual tanah itu kepada Syarikat Murnia Jaya Development Berhad. Hanya sekitar 20 peratus wang yang dijanjikan. Pada 4 Sept 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam memberikan Murnia Jaya selama setahun setengah untuk melunaskan baki kepada 34 daripada peneroka yang membawa kes ini. Peneroka masih tunggu baki wang RM360 juta. Bagi tanah seluas 640 hektar belum dibangunkan.

Di bahagian Pakatan Rakyat pula, rakyat berasa tertipu kerana Pakatan gagal melaksanakan pembangunan berkesan dan menunaikan janji-janji pilihan raya umumnya sejak dua tahun lepas. Menurut Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, "Selepas dua tahun, rakyat ingin tahu di mana perubahan dan jika pun ada perubahan ianya tidak ketara." Dr Chua memberi contoh di mana kerajaan Selangor telah menyatakan bahawa sumber kewangan utama negeri itu adalah dari industri batuan dan pasir yang dianggarkan RM150 juta tetapi rekod menunjukkan mereka hanya mengutip RM10 juta sahaja pada tahun lepas. Katanya sejak mengambil alih pemerintahan negeri dari BN selepas pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji untuk memberi tapak tanah kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Serendah tetapi sebaliknya memberi hak milik tanah kepada sebuah sekolah Cina di Petaling Jaya.

Setelah menang, Barisan Nasional menyerahkan cek bernilai RM3 juta bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa sebagai menunaikan janjinya bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, meskipun pada pilihan raya kecil itu masyarakat Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN), ia bukan satu alasan untuk kerajaan bertindak menghentikan peruntukan bagi kaum itu. ''Itu merupakan janji yang saya hendak pegang sepenuhnya kerana saya hendak beritahu kepada pengundi di Hulu Selangor dan di seluruh negara bahawa BN adalah sebuah parti yang boleh diyakini."

Saya tidak mahu memberi apa-apa komen terhadap pilihanraya kecil di Hulu Selangor kerana saya bukan sebahagian daripada penduduk di sana. Namun, sebagai rakyat Malaysia yang ingin melihat berubahan, saya berasa bahawa kedua-dua (tidak kira Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat) hendaklah memberi tumpuan yang lebih kepada rakyat daripada mementingkan parti atau satu-satu kaum. Dengan slogan 1Malaysia, semua rakyat perlu mendapat tumpuan yang sama rata daripada kerajaan yang memerintah. Sebagai pemimpin yang dipilih, beliau harus sentiasa turun padang dari semasa ke semasa untuk meninjau keadaan kawasannya. Itulah apa yang kami sebagai rakyat MAHUkan dan bukannya pemimpin yang dipilih hanya berada di dalam pejabat mereka.

Sumber dari: pelbagai sumber-sumber yang boleh didapati di laman sesawang.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates