Monday, April 26, 2010

Indonesia Raya: Malaysia tidak mahu

Indonesia Raya adalah satu gagasan gabungan Pattani (Thailand), Semenanjung Malaysia, Sabah (Malaysia), Sarawak (Malaysia), Brunai, Mindanao (Filipina), dan Timor Laste bersama dengan Indonesia untuk menubuhkan negara yang lebih besar.
Baru-baru ini, laman sosial 'Facebook' terdapat banyak status pengguna pemuda Indonesia menyatakan hasrat mereka untuk menyatukan Malaysia dan Indonesia. Saya sebagai rakyat Malaysia berasa amat marah terhadap kenyataan ini kerana saya tidak mahu Malaysia digabungkan atau disatukan dengan Republik Indonesia.

Seperti mana yang kita pelajari dari Sejarah Malaysia, ia merupakan satu ideologi oleh Kesatuan Melayu Muda (yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob) dan Kolej Sultan Idris (Abdul Hadi Hassan) semasa penjajahan Belanda dan Inggeris, tetapi telah gagal selepas tamatnya Perang Dunia ke-2 apabila tentera-tentera Jepun yang juga ingin menyatukan kesemua kawasan, menyerah kalah.

Setelah Tanah Melayu telah merdeka dan pembentukan Persekutuan Malaysia, rakyat Malaysia telah bersatu di beberapa peristiwa bersejarah negara dan ini telah cukup membuktikan bahawa rakyatnya amat menghargai tanah air mereka. Tambahan pula, pendatang asing (terdapat juga rakyat negara Indonesia) telah memberi satu gambaran yang tidak selesa kepada rakyat Malaysia.

Saya mengakui bahawa sesetengah orang Indonesia yang saya kenali adalah mesra dan baik, tetapi bukan semua orang Indonesia mesra dan baik. Semasa saya berkerja, terdapat juga orang Indonesia (yang berkerja di Malaysia) bersikap angkuh dan sombong. Namun, mereka tidak sedar bahawa mereka juga sedang berada di negara orang. Ada juga yang ingin bermastautin di negara ini dengan melakukan apa jua cara (termasuk berkahwin dengan wanita Melayu Malaysia dan berpisah atau ceraikan mereka selepas mendapat taraf pemastautin negara ini) atau (melahirkan anak - tidak kira dengan wanita Indonesia atau Melayu Malaysia untuk mendapatkan taraf pemastautin).

Kami, rakyat Malaysia amat menghargai apa yang kita telah capai setelah mencapai 53 tahun kemerdekaan dan kami amat selesa dengan negara kita. Kita tidak mahu Malaysia bersatu dengan negara Indonesia untuk membentuk gagasan Indonesia Raya dan kami tidak mahu hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia terjejas akibat inginnya pemuda Indonesia untuk mencapai hasrat itu.


0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates