Monday, February 22, 2010

Gusti di dalam hutan

Kisah ini bermula selepas Raja Singa telah menguasai tahkta untuk sekian lama. Tiada siapa pun yang boleh menewaskan Raja Singa. Ini adalah oleh kerana dia merupakan seorang pengusti dan mendapat pingat kejuaaraan seluruh hutan tersebut. Gajah Kuat, Badak Todak, Buaya Gagah semuanya yang terkuat juga tewas di tangannya.

Pada suatu hari, Timbalan Raja Rimba - Harimau Ngaum menghadap Raja Singa untuk meminta perkenan untuk keluar hutan untuk berlatih. Raja Singa bertanya kepada Harimau Ngaum, "Mengapa kekanda ingin keluar dari hutan ini? Kekanda adalah penolong beta. Jikalau kekanda tiada, beta akan menghadapi masalah rakyat jelata dan tidak boleh berlatih gusti." Namun, Harimau Ngaum menjawab, "Ampun Tuanku! Raja sudah bertakhta lama dan sebagai seorang raja, tuanku mestilah bersikap positif. Tuanku tidak boleh asyik bermain gusti dan tidak menghiraukan rakyat jelata."

Setelah lama Raja Singa dan Harimau Ngaum berbincang, Raja Singa bersetuju untuk memberi kebenaran untuk Harimau Ngaum dengan syarat untuk mencari sesiapa sahaja untuk berlawan dengan Raja Singa. Kali ini, sebagai ganjaran selain daripada pingat kejuaraan, Raja Singa juga dengan angkuh bertitah kepada pencabarnya, "Sesiapa yang boleh mengalahkan beta, beta akan juga akan turun dari takhta raja ini."

Walaupun terdapat pencabar untuk mencabar Raja Singa, tetapi tiada seorang pun berjaya kerana kekuatan Raja Singa. Raja Singa juga mula tidak bersidang dan menumpukan perhatian yang sepenuhnya pada gusti. Rakyat hutan itu sengsara.

Beberapa bulan kemudian, Harimau Ngaum kembali ke dalam hutan. Apabila dia menghadap Raja Singa, dia mencabar Raja Singa untuk perlawanan gusti untuk merebut pingat dan takhtanya. Raja Singa berkata, "Oh! Berani awak mencabar saya selepas kamu kembali dari hutan ini?" Harimau Ngaum membalas "Sekian lama, rakyat jelata hidup susah kepada tuanku terlalu asyik dengan perlawanan gusti. Pingat gusti ini adalah milik semua. Tuanku tidak boleh menggunakannya untuk tujuan peribadi. Pingat itu bagaikan mahkota tuanku."

Setelah Monyet Au lengkap dengan pakaian pengadil, rakyat jelata di seluruh hutan menyaksikan perlawanan ini. Loceng telah dibunyikan dan Raja Singa mula menyerang Harimau Ngaum, tetapi dapat dielakkan olehnya. Perlawanan itu berlangsung selama setengah hari. Akhirnya Harimau Ngaum menewaskan Raja Singa.

Harimau Ngaum berkata kepada Raja Singa, "Rakyat jelata telah berpakat dengan patik untuk menolong mereka daripada tuanku yang tidak mendahulukan rakyat. Patik dikenalkan kepada seorang pakar gusti iaitu Sifu Panda Kungfu dan kembali untuk mencabar tuanku."

Setelah itu, Harimau Ngaum ke balairong seri dan menaiki takhta kerajaan hutan. Dengan gembiranya, rakyat jelata bersorak dan melaungkan "Daulat Tuanku". Raja Singa kembali ke tanah airnya di Afrika.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates