Setelah menikmati tambang diskaun yang ditawarkan oleh pihak RapidKL melalui promosi Kad Rabbit, saya terpaksalah membayar tambang bas seperti harga yang terdahulu. Sekarang, saya mempunyai 2 Kad Rabbit, satu untuk bas (berwarna merah) dan satu lagi untuk LRT (berwarna merah jambu). Diskaun telah berakhir pada awal bulan ini.
Di saat-saat untuk menjimatkan penggunaan wang, menaiki bas SJ adalah pilihan yang paling tepat disebabkan tambangnya murah (hanya RM2 untuk 3 zon). Namun, bus SJ juga telah menaikkan tambangnya ke RM2.50 seperti tambang normal. Ini adalah disebabkan pihak dari RapidKL membuat aduan kepada syarikat SJ kerana menerima tambang murah kepada pelanggan.
Kesemua syarikat bas telah menaikkan harga tambang mereka dan menyebabkan ramai orang terpaksa menggunakan lebihan wang untuk menggunakan pengangkutan awam. Tidak menafikan bahawa tambang bas di Malaysia adalah antara termurah di Asia Tenggara, namun kadar inflasi yang meningkat telah memaksa lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam dan pengangkutan awam di Malaysia tiada perubahan yang besar dalam memberi khidmat yang terbaik, setimpal dengan tambang yang dibayar.
0 comments:
Post a Comment