Tuesday, June 7, 2011

Kad Rabbit RapidKL

Kad Rabbit adalah tiket bas elektronik dengan menggunakan kad Touch 'n Go. Sistem ini adalah untuk mengurangkan penggunaan tiket kertas yang sedia ada supaya dapat mengambil langkah untuk memelihara alam sekitar.

Diperkenalkan pada bulan Mac, sistem ini diguna pakai oleh kesemua bas RapidKL. Bas-bas yang dibeli terdahulu atau dibaikpulih dari bas-bas Intrakota dan Park May seperti Mercedes, King Long dan lain-lain. Bas-bas ini masih mempunyai sistem tiket kertas, kecuali bas-bas jenama MAN yang hanya menggunakan Kad Rabbit.

Kad Rabbit memulakan promosi mereka di perhentian-perhentian bas dan stesen-stesen LRT (STAR dan PUTRA) pada pertengahan bulan Mac. Kad-kad Rabbit fasa pertama adalah berwarna merah jambu, manakala fasa kedua adalah berwarna merah. Kad-Kad Rabbit untuk pelajar dan warga emas juga boleh didaftar di stesen-stesen LRT sekiranya anda mempunyai kad pelajar (untuk pelajar) dan berusia 60 tahun ke atas membawa salinan kad pengenalan sebagai bukti. Warna Kad Rabbit mereka masing-masing berwarna biru dah coklat. 

Pengguna-pengguna kad Tag 'n Go yang sedia ada dan pemegang RapidPass boleh menggunakan kad mereka untuk menaiki bas. Sebelum bulan Jun, pengguna-pengguna RapidKad boleh menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus. Kadar tambang normal sedang diguna pakai sekarang. 

Sekiranya baki Kad Rabbit atau Touch 'n Go anda kurang daripada jumlah tambang keseluruhan perjalanan, contoh: Dari Destinasi #1 (Zon 1) hingga Destinasi terakhir (Zon 3) adalah RM2.50, maka kad anda perlu mempunyai RM2.50 agar anda dibenarkan masuk ke dalam bas.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak mempunyai Kad Rabbit ataupun mahu menambah nilai kerana di dalam bas-bas terdapat mesin untuk membeli dan juga untuk menambah nilai. Untuk membeli kad, tekan butang "BELI KAD" dan masukkan RM5 atau RM10 ke dalam mesin itu. Kemudian, ambil kad yang dibeli di bawah mesin. Mereka yang mahu menambah nilai, tekan butang "TAMBAH NILAI" dan masukkan wang anda (RM1, RM5 dan RM10).

Ramai pengguna masih tidak peka walaupun pengiklanan dibuat melalui skrin Asia Media di dalam bas, laman rasmi RapidKL dan brosur. Seperti mana yang dapat dilihat, pengguna-pengguna Kad Rabbit Warga Emas lebih peka kepada perubahan ini daripada mereka yang masih muda-mudi. Apabila sesetengah orang dihalau keluar daripada bas (diandaikan pemandu bas tersebut menyatakan "KAD SAHAJA"), mereka yang dihalau itu yang membuat pelbagai aduan.

Perubahan ini telah menjimatkan masa untuk menaiki bas dan tidak perlu berebut masuk ke dalam bas untuk membeli tiket. Cuma perlu sentuhkan kad anda semasa memasuki bas dan sentuh sebelum turun daripada bas. Tambahan pula, anda boleh mendapat tempat duduk kerana kebanyakan orang masih tidak peka dan masih berdegil untuk membeli tiket kertas.

Saya telah membeli 2 Kad Rabbit (merah dan merah jambu) di mana saya boleh menggunakannya untuk menaiki LRT dan menaiki bas. Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman saya menaiki bas RapidKL jenama MAN. 

1 comments:

Anonymous said...

Adakah kad rabbit pelajar mempunyai tarikh luput?

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates