Sunday, February 20, 2011

Berhadapan masalah kelemumur

Masalah kelemumur bukan lagi satu masalah besar di dalam kehidupan seharian saya. Setelah sekian lama saya cuba mengubati masalah ini, ia tidak memberi apa-apa hasil, selain daripada menggunakan syampu "Clear". Semasa bermulanya masalah kelemumur, saya telah mencuba hampir kesemua syampu yang terdapat di pasaran. Hanya "Clear" dapat mengurangkan masalah ini.

Saya tidak menafikan bahawa cuaca yang buruk (cuaca tidak menentu) telah menjadi punca utama untuk rambut berminyak seterusnya menyebabkan masalah kelemumur. Beberapa bulan sebelum Tahun Baru Cina, masalah kelemumur saya telah beransur pulih oleh kerana saya terus menggunakan syampu "Clear". Namun, sifat tamak dan berjimat cermat menyebabkan saya mengalami kegatalan selepas itu.

Hanya saya sahaja yang menggunakan "Clear" dan seluruh keluarga saya menggunakan "Head n' Shoulder". Saya menggunakannya juga disebabkan tamak kerana tidak mahu menggunakan syampu sendiri. Syampu "Clear" yang diguna pakai sekarang dibeli oleh duit sendiri, manakala syampu "Head n' Shoulder" adalah wang keluarga. Saya tamak juga adalah kerana untuk menjimatkan perbelanjaan saya sendiri.

Kerana tamak, saya telah "membayar"nya dengan kepala sendiri. Hampir setiap hari, kulit kepala saya akan berasa gatal (disebabkan pada waktu malam juga akan mengalami cuaca teramat panas) sehinggakan saya terpaksa menggunakkan penghawa dingin untuk tidur. Saya menyesal diatas ketamakan saya itu dan tidak akan membuatnya lagi. 

Salam 1Malaysia
"Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita"

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates