Sunday, January 23, 2011

Diganggu lagi

Malam kelmarin (awal pagi Sabtu), saya diganggu sekali lagi oleh mahkluk halus setelah diganggu hampir sebulan lepas. Kali ini, ia membuat saya tidak dapat sedar dari mimpi yang diulangi, setiap kali saya mahu sedarkan diri. Ianya diulangi lebih kurang sepuluh kali sebelum saya betul-betul sedar dari mimpi dan cuba untuk menggerakkan tangan saya.

Cubaan beberapa kali itu menyaksikan saya berada di bilik tidur saya dan seakan-akan saya menggerakkan tangan saya. Pada halnya, saya tidak dapat menggerakkan mana-mana bahagian termasuk untuk membuka mata saya. Mata saya pula terasa amat berat untuk dibuka. Mimpi itu diulangi sehingga beberapa kali sehingga saya betul-betul sedar.

Kesusahan untuk saya bangun itu memberi gambaran kepada saya bahawa mahkluk halus itu tidak mahu saya untuk kembali jasad saya. Persoalan sebenarnya adalah, mengapakah saya sering dijadikan sasaran? Ibu bapa dan sepupu saya pernah tinggal di bilik ini. Mereka tidak pernah mengalami masalah sebegini. Mengapa? Adakah ia mempunyai kaitan tentang keagamaan kerana saya adalah satu-satunya penganut agama Kristian di dalam keluarga saya?

Salam 1 Malaysia
"Kepercayaan Kepada Tuhan"

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates