Bermulanya bulan Ramadhan, di mana rakan-rakan yang berbangsa Melayu (Islam secara keseluruhannya) akan berpuasa selama sebulan. Apa yang meyedihkan, berlakunya beberapa insiden yang sedikit sebanyak menyentuh unsur-unsur perkauman. Guru besar/pengetua menyuruh pelajar berbangsa lain untuk pulang ke negara datangnya moyang mereka, Namewee membuat rakaman lagu bervideo dan anggota polis memarahi suri rumah untuk pulang ke negara China.
Video kontroversi Namewee bermula apabila pengetua/guru besar dari dua sekolah berasingan di Malaysia menyuruh pelajar-pelajar berbangsa Cina untuk pulang ke China kerana makan semasa bulan puasa. Tidak kiralah, pelajar-pelajar tesebut makan semasa waktu rehat ataupun waktu persekolahan, seseorang guru (terutamanya seorang guru besar/pengetua) mengeluarkan kata-kata sebegitu. Saya berpendapat pengetua/guru besar itu sememangnya tiada kelayakan untuk menjawat jawatan tersebut.
Itupun guru besar/pengetua itu hanya digantung kerja buat sementara waktu sehingga pelbagai pihak, terutamanya golongan muda berbangsa Cina berasa hukuman itu tidak setimpal dengan apa yang telah dilakukan, tambahan pula menyatakan di laman Facebook: dia telah menjadi mangsa politik.
Bangsa-bangsa lain tidak pernah mahu menyentuh perkara-perkara sebegini sepertimana yang dilakukan oleh parti pembangkang atau sesetengah pihak yang mengapi-apikan masalah ini. Kami cukup faham dan memahami keadaan yang kita ada sekarang. Namun, apa yang menimpa Namewee cukup menyedihkan kerana pelbagai pihak mahukan Namewee dipenjarakan dan sebagainya. Sekiranya Namewee dipenjarakan kerana menyentuh isu-isu perkauman, Cikgu Siti juga patut diberi hukuman yang sama dan juga mereka yang terlibat.
Yang lagi menyedihkan juga, ada sesetengah pihak menggunakan agama untuk menentang sekeras-kerasnya. Tetapi adakah perkauman ada berkaitan dengan agama? Memang ada. Tidak kira apa jua agama, tiada apa-apa agama yang menyatakan sesuatu agama adalah di atas agama-agama lain. Semua agama perlu dilayan secara adil dan di dalam Kitab Injil ataupun Kital Quran, terdapat juga pelbagai bangsa tinggal di Asia Timur tetapi Allah atau Tuhan tidak menyatakan untuk bertindak secara tidak adil terhadap bangsa yang minoriti.
Polis juga patut tahu undang-undang negara, berpangkat Inspektor pun bertindak macam tiada akal fikiran. Suri rumah berbangsa Cina membuat laporan di balai polis tetapi tidak fasih dalam bahasa Melayu. Suri rumah itu diminta untuk pulang ke China kerana tidak fasih bahasa Melayu. Itu tidak kurang juga kepada Encik "Jangan cakap Omong Kosong" atau "Don't Talk S**t yang sengaja mengapi-apikan keadaan.
Adalah dikuathiri kejadian Mei 13 akan berlaku sekiranya perkara sebegini tidak dihentikan dan tiada kesaksamaan di antara kaum-kaum lain. Istilah 1Malaysia bagaikan perbualan mulut daripada menjadi pegangan hidup kita semua. Sia-sia sahaja Perdana Menteri cuba menyatukan semua kaum seperti sedia kala. Adakah anda mahukan perubahan? Mulakanya dari detik ini. Jangan melengahkan masa kerana kita sudah kesuntukan masa untuk mecapai sasaran Wawasan 2020. Jangan pula negara kita maju dan makmur tetapi rakyatnya mundur dan berbelah bahagi.
0 comments:
Post a Comment