Tidak lama lagi, Malaysia akan meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke-53. Kemeriahan perayaan ini telah menjadi sunyi ditelan zaman. Bagi orang yang tidak mengerti apa itu kemerdekaan? ianya hanya satu cuti umum yang memberi seseorang masa untuk membuat apa yang mereka mahukan - seperti berpancaran, jalan-jalan, mencari gadis / lelaki, dan lain-lain.
Bagi mereka yang masih bersekolah, apa yang sudah dipelajari di dalam subjek Sejarah - di mana kami mempelajari erti kemerdekaan? bagaimana mereke mencapai kemerdekaan? siapakah yang terlibat untuk mencapainya? Mereka hanya tahu tarikh kemerdekaan, tempat dimana bendera negara dinaikkan, Tunku Abdul Rahman melaungkan laungan "Merdeka." Lagi-lagi pun, mereka telah beria-ia menanti cuti semata-mata untuk beristirehat.
Pekerja-pekerja pula meluangkan masa untuk berehat di rumah pada cuti Hari Kebangsaan setelah sekian lama telah bekerja kecuali cuti hari Ahad. Manakala, suri rumah lebih menaruh harapan pada benda-benda yang tidak memberi sebarang manfaat.
Sesetengah orang pula mahu menunjukkan kepada orang bertapa sayangnya mereka kepada negara tetapi perbuatan mereka pula tidak menonjolkan sifat patriotisme. Motosikal mempunyai bendera tetapi menggunakannya semasa lumba haram. Sesetengah orang juga tidak mahu mengibarkan Jalur Gemilang yang mesti dibeli menggunakan wang sendiri tetapi mahukan bendera percuma daripada agensi-agensi kerajaan atau badan-badan bukan kerajaan.
Di kawasan perumahan tempat tinggal saya, iaitu Bandar Damai Perdana Fasa 2 mungkin hanya rumah saya sahaja yang mengibarkan Jalur Gemilang. Sehingga hari ini, saya tidak pernah nampak mana-mana rumah yang mengibarkannya. Saya daripada kaum minoriti di Malaysia. Saya juga membeli bendera dan meletakkan di luar rumah saya. Mungkin anda boleh mengatakan bahawa untuk menunjukkan semangat patriotisme, tidak semestinya melalui meletakkan bendera di luar.
Jangan cuma setakat cakap tak serupa bikin. Orang-orang Amerika meletakkan di rumah masing-masing tidak mengira apa jua perayaan. Mengapakah orang lain boleh berbuat begitu dan mengapa tidak Malaysia? Duit sendiri tahu sakit gigi. Amat sedih sekali kalau melihat perayaan Hari Kebangsaan menjadi sebegitu rupa.

0 comments:
Post a Comment