Wednesday, March 24, 2010

RapidKL: Dahulu, kini dan selamanya


Gambar siput RapidKL ini diambil daripada blog abang sepupu saya. Gambar ini juga memberi gambaran bahawa perkhidmatan RapidKL yang tidak pernah berubah
"Mampukah RapidKL memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna?" Ini adalah persoalan yang ditanya oleh semua pengguna. Perkhidmatan RapidKL menjadi semakin tidak dapat bersaing dengan perkhidmatan lain yang ada di bandar-bandar di luar negera.

Semasa permulaan RapidKL, mereka menjanjikan memberi perkhidmatan terbaik kepada penggunanya. Dengan pengguna mencecah jutaan dalam sehari, sepatutnya perkhidmatan yang diberi adalah lebih baik dari terdahulu, tetapi menjadi lebih buruk.

Baru-baru ini, setelah 2 minggu tidak menaiki perkhidmatan bas RapidKL, bas-bas RapidKL seperti telah usang 2 tahun. Kusyen tempat duduk rosak, loceng berhenti pun rosak, malah getah pada pintu telah pun longgar. Apabila saya menaiki bas U6X ke PXXXXXX pula, bas sarat dengan penumpang tetapi penghawa dingin yang rosak.

Sekiranya saya ingin menaiki bas dari Cheras untuk ke mana-mana sahaja, saya terpaksa berjalan dari perhentian 7-Evelen Damai Perdana ke hub perhentian Alam Damai-Damai Perdana. Ianya mengambil masa 15 minit untuk berjalan. Saya berjalan jauh adalah oleh kerana bus tidak akan sampai di perhentian itu ataupun terpaksa menunggu 30-45 minit untuk mendapatkan bus.

Selepas itu, pertukaran bas akan mengambil masa 15 minit untuk menunggu pemandu yang seterusnya untuk membawa penumpang ke Kuala Lumpur - jumlah masa (berjalan ke hub) 15min+15min=30min, manakala (tunggu di perhentian bas) opsyen A: 30min+15min=45min, opsyen B: 45min+15min=1jam. Pembaziran masa adalah sangat ketara.

Tambahan pula, seperti mana yang berlaku pada PUTRA LRT semalam dan apa yang dilaporkan oleh XiangCool berkenaan STAR LRT pada hari ini telah melemahkan reputasi RapidKL. Perubahan besar tidak dapat dilihat oleh para pengguna. Mengapa tidak "menyediakan payung sebelum hujan"? Manakala, pihak kerajaan memberi pelbagai peruntukan untuk menaiktaraf pengangkutan awam juga tidak dapat dilihat.

Mahukah kami sebagai pengguna untuk terus mempercayai pengangkutan utama di Kuala Lumpur itu dengan bas-bas yang sebegini? Keselesaan dan keselamatan penumpang patut diambil tempat yang terdahulu. Sekiranya tiada apa-apa berubahan, mampukan RapidKL membawa nama Kuala Lumpur yang merupakan bandar yang dikenali dunia - di mana pelancong asing juga akan menggunakan perkhidmatan RapidKL?

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates