Penafian:
Saya menulis artikel ini di atas sebab saya juga adalah seorang rakyat Malaysia dan bersyukur dengan keadaan yang aman tenteram di negara tercinta ini. Artikel ini tidak membawa apa-apa maksud tersirat dan adalah pandangan diri saya sendiri.
Bersih 2.0 atau dikenali dengan nama penuh sebagai Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil Versi Kedua merupakan gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan meminta supaya pilihanraya dapat dijalankan secara adil, saksama dan tidak berat sebelah.
Mereka (Bersih) telah membuat perancangan untuk mengadakan perarakan atau perhimpunan aman di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011. Perhimpunan itu tidak mendapat permit perhimpuan orang ramai daripada pihak polis dan mendapat pelbagai bantahan daripada pelbagai pihak termasuk parti-parti komponen Barisan Nasional (khususnya Pemuda UMNO) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Kementerian Dalam Negeri telah memberi arahan kepada semua pihak agar tidak membuat apa-apa perhimpuan dan mereka yang engkar akan ditahan. Bersih dan PERKASA berkeras bahawa kedua-dua pihak akan bersemuka dan "bertempur" untuk tujuan masing-masing.
Pengerusi PERKASA, Ibrahim Ali membuat satu kenyataan pada sebuah ceramah (atau apa-apa yang difikirkan sesuai) menyebut. "Masyarakat kaum Tiong Hua (Cina) mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah. Apa sahaja boleh berlaku!" Kenyataannya itu telah menimbulkan persoalan kepada banyak pihak dengan maksud yang tersirat di dalam perkataan-perkataan itu.
Ibrahim juga berkeras dengan berkata Gerak Aman adalah untuk memelihara kedaulatan institusi diraja (dengan berarak ke Istana Negara) dan memelihara keamanan negara (dengan menghimpunan orang ramai untuk bangkit dan menentang Bersih). Apakah kurangnya PERKASA dan Bersih untuk menimbulkan kucar-kacir di negara kita?
Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, kenyataan itu berusur perkauman dan patut dihukum mengikut Akta Hasutan. Beliau juga menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak mewakili keseluruh orang-orang Melayu khususnya.
Namun, Ibrahim Ali sememangnya seorang "pelakon". Oleh kerana beliau juga membuat bantahan ke atas penganut-penganut agama Kristian dengan melancarkan "Perang Suci" demi mempertahankan perkataan "ALLAH" hanya boleh digunakan oleh umat-umat Islam. Sekiranya beliau sememangnya seorang yang mempertahankan ketenteraman negara, adakah orang ini waras dengan melancarkan "Perang Suci"?
Kini, beliau (Ibrahim Ali) cuba menyatu padukan semua orang (tidak terhad kepada kaum) untuk menyertai Gerak Aman dan menyatakan bahawa, "Masyarakat kaum Tiong Hua (Cina) mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah. Apa sahaja boleh berlaku!"
Zaman moden ini tidak semacam dengan zaman pada 13 Mei 1969 kerana ramai orang lebih terbuka dan lebih peka terhadap perkembangan negara kita. Kenyataan itu tidak akan mengubah perspektif kaum-kaum di Malaysia. Kecenderungan mereka untuk membuat kacau bilau akan memberi gambaran yang tidak baik kepada kita, rakyat Malaysia dan juga penduduk di seluruh dunia.
PERKASA juga (pada bahagian akhir video di atas) membakar poster-poster di khalayak ramai. Selama ini, kita mempromosikan "Budi Bahasa Budaya Kita", disebalik slogan itu, kita seakan-akan orang-orang negara Barat.
Saya mengesa kepada orang ramai agar tidak terpedaya kepada muslihat-muslihat yang ingin mencari kesempatan untuk mengawal diri kita kerana Tuhan yang memberi mandaat kepada pemerintah kita, Tuhan tidak memihak kepada mana-mana individu kerana-Nya adalah Maha Adil dan Tuhan yang memeritah kita.

0 comments:
Post a Comment