Aduhai! Saya mendapat komen daripada kawan saya yang mengatakan cara saya menulis blog agak membosakan. Hmmm!!! Tak mengapalah sebab saya pun tak boleh menyalahi orang lain. Saya pun tak-lah sangat nak bikin blog saya macam orang lain idamkan. I have my own way to write.
Haha! Kepada mereka yang membaca, inilah pertama kali saya menulis dalam broken Malay language. Memanglah tak broken mana pun. Saya akan menerangkan kenapa saya menulis dengan cara "menulis karangan".
Semasa di sekolah dulu, kitakan selalu kena buat karangan dalam bahasa Inggeris dan Melayu (kalau masuk sekolah Cina buat karangan bahasa Cina). Lagi-lagi pun kita mempelajari penggunaan sistem bahasa yang betul dan sebagainya. Ini membuatkan semangat untuk menulis "karangan" berkobar-kobar di blog saya.
Wow! English lagi-lah. Sekarang keluar jalan-jalan pun, semua orang tengah speaking gila dengan English. Nanti kalau orang tengah speaking kat kita, kita pula ternganga mulut. Saya menulis blog saya dengan cara penulisan "karangan" untuk menambahkan lagi cara English saya.
Part 2 komen itu pula mengatakan blog post saya mengandungi isi-isi tersirat (atau rahsia) disebaliknya. Mana tak, menyiratkan kandungan blog saya. Bahaya kalau biar orang lain tahu banyak benda peribadi. Oleh itu, isi-isi tersirat ini sebenarnya adalah kandungan yang sangat rahsia kepada saya, untuk tidak dihebohkan kepada orang lain. Ini bukan blog Joh Heboh!
Saya sememangnya mempunyai cara saya untuk menulis blog. Saya juga bukanlah orang yang bercakap manis kerana saya suka berterus-terang (walaupun kadang-kala mempunyai isi-isi tersirat). Tidak kisah samada ada pembaca ataupun tidak, sebab tak ada orang yang akan membaca blog saya secara terperinci. Every people has their way on writing either essays, comprehensions or reports.
Sorry, brother! Blog post ini tidak mempunyai apa-apa makna untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Ini cuma adalah 'cobaan' saya untuk menulis secara entah hapa-ape.
1 comments:
takde hal...its ur blog...so up to u la nak tulis mcm mana..heheh
- StarveBuster
Post a Comment