Monday, December 13, 2010

Kebosanan tanpa bekerja

Beberapa minggu yang lepas, saya telah bercuti selama 2 minggu sementara menunggu persiapan rapi untuk sesi persekolahan yang baru pada tahun 2011. Masa berlalu sangat perlahan. Tambahan pula, saya tidak mempunyai ramai rakan-rakan untuk bergaul bersama. Boleh dikatakan, hampir seluruh masa cuti saya adalah berada di dalam bilik saya dan menghadap komputer riba saya.

Selain daripada waktu makan tengah hari dan makan malam, saya menghabiskan masa di dalam bilik. Pengasingan diri telah lama berlaku selepas kehadiran adik sepupu saya yang dibawah jagaan ibu saya. Tambahan pula, segala rungutan yang dikeluarkan dari ibu saya tentang kenaikan harga dan inginkan penambahan wang bulanan menyebabkan saya tidak mahu berinteraksi dengan ibu saya.

Keinginan berkawan sememangnya ada di dalam minda saya. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan kawan baru di laman sosial Facebook. Malangnya, pengguna-pengguna di Facebook seakan-akan menggunakan laman itu untuk tujuan perasaan individu ataupun mencari pasangan. Inilah dikatakan manusia yang bertamadun bersama teknologi-teknologi canggih.

Walau bagaimanapun, saya telah kembali bekerja pada minggu lepas. Kerja utama ialah mengecat dinding di ketiga-tiga blok di tempat kerja saya. Kerelaan saya membuat kerja menjadikan satu hiburan kepada saya dan ianya lebih baik daripada duduk di dalam bilik saya. Saya mula bekerja dari pukul 9 sehingga lewat petang (pukul 5 atau 6 petang) bersama dengan rakan-rakan sekerja saya.

Kami diberi cuti tambahan pada hari ini, termasuk cuti hari Sabtu dan Ahad. Namun, kami meminta untuk bekerja pada hari Sabtu memandangkan masih terdapat banyak tempat perlu dicat semula. Itu pun tidak cukup memadai kerana semalam (Ahad) dan hari ini (Isnin), saya kembali di dalam bilik saya dan menghadap komputer riba saya.

Kemungkinan besar saya akan terus mencari kerja sambilan untuk hari Sabtu dan Ahad untuk mendapatkan perbelanjaan yang lebih sambil mencari kolej untuk melanjutkan pelajaran saya secara sambilan juga. Tidak banyak kolej-kolej di Kuala Lumpur mengambil pelajar yang seperti saya (telah menjangkau umur) dan belajar secara sambilan. Saya mengharapkan keajaiban berlaku kerana saya tahu Tuhan akan membantu saya.

Salam 1Malaysia.
"Gunakan Bahasa Kebangsaan Kita"

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates