Monday, November 8, 2010

Kad Pengenalan 'Lopek'

Malaysia menukar kad-kad pengenalan pemegang ke kad pengenalan bermikro-cip bermula pada 2005. Pada tahun 2006/2007, pemegang kad pengenalan lama wajib menukar kad mereka ke MyKad. Saya merupakan salah seorang daripada pemegang kad pengenalan lama pada masa itu.

Disebabkan kerajaan mendesak penggunaan kad pengenalan baru, saya dan ibu saya menukar kad pengenalan kami kepada kad pengenalan yang baru. Sebelum itu, kami telah pun mendengar bertapa 'lopek-nya' kad pengenalan yang baru, ada yang dapat tidak kurang sebulan pun sudah mula rosak.

Saya jarang akan menggunakan MyKad saya kecuali semasa berkerja, pendaftaran nombor telefon mudah alih, kiosk KWSP, menduduki kursus memandu atau diperiksa oleh badan-badan berkuasa. MyKad saya disimpan di dalam dompet dan dompet saya tidak pernah sekali pun dimasuki air.

Bulan demi bulan, MyKad saya mula 'mereput' di bahagian belakang kad dan bahagian depan pula, sudah mahu 'ter-kopek' keluar. Entahlah kenapa 'lopek' sangat sekiranya dibandingkan dengan kad pengenalan lama yang digunakan lebih daripada sekarang. (Kad lama: 6-7 tahun - Kad baru: 4 tahun sahaja).

Saya sudah cukup risau sekiranya saya ditahan pihak berkuasa dan mencari alasan yang tidak munasabah ke atas saya kerana mempunyai kad pengenalan yang rosak, walaupun saya mempunyai salinan kad perlantikan anggota RELA bersama saya. Maklumlah, dari Youtube pun dah menyaksikan pelbagai cara oleh pihak berkuasa untuk memperoleh rasuah atau duit kopi dengan mencari apa jua alasan untuk mendapatkannya.

Pada bulan Disember ini, saya akan menukarnya dengan yang baru. Harap tiada apa-apa yang akan berlaku ke atas saya ataupun kad pengenalan saya. Saya juga khuatir pada bulan Disember, saya tidak mempunyai masa untuk menukarnya disebabkan kerja.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates