Tuesday, March 23, 2010

Kejam! Tidak prihatin! Tidak berperikemanusiaan!

Salah satu jenis vandalisme yang dilakukan oleh orang yang tidak berotak. Dengan menggunakan spray paint untuk merosakkan papan tanda jalan. Sungguh sakit hati melihat perbuatan sebegini.
Baru-baru ini, saya telah membincangkan tentang perbuatan vandalisme oleh sampah masyarakat yang tidak berguna kepada negara. Hal ini telah menimbulkan kegairahan saya terhadap mereka yang tidak serik dengan perbuatan mereke untuk merosakkan harta benda awam. Papan nama jalan yang baru itu telah bakar setelah ada pihak yang tidak berguna membakar sampah di bawah papan tanda tersebut. Amat kejam sekali. Papan nama jalan yang baru diletakkan tidak sampai sebulan telah dibakar. Walaupun papan itu masih dapat dilihat tetapi adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai penduduk setempat untuk menjaganya.

Balai polis hanyalah lebih kurang 200 meter dari papan nama jalan. Mengapakah pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan vandalisme serta pembakaran terbuka? Balai tersebut mempunyai sedikit kakitangan tetapi cukup untuk memerhati keadaan setempat. Tidak semua anggota polis yang bertugas di kaunter laporan. Adakah mereka tidak menghiraukan perkara sekecil itu? Sekiranya jawapan adalah ya, maka kami, sebagai rakyat Malaysia akan hilang segala kepercayaan terhadap pihak polis.

Sementara seluruh dunia akan mengadakan "Jam Bumi" atau "Earth Hour" untuk memberi kesedaran kepada semua orang seantero dunia bahawa perubahan iklim dan pemanasan global sedang berada di tahap yang serius. Tetapi mengapakah orang yang tidak berprihatin ini terus membakar sampah secara terbuka? Adakah orang tersebut seorang yang jahil atau seorang yang bijak pada luaran tapi bodoh pada dalaman? Sungguh menyedihkan setiap kali saya melihat papan nama jalan itu semasa saya berada di perjalanan untuk pulang ke rumah setiap malam selepas berkerja.

Tambahan pula, semalam orang yang tidak berperikemanusian itu terus membakar sampah secara terbuka. Walaupun bukan di bawah papan nama jalan tetapi pembakaran terbuka juga adalah dilarang disisi undang-undang. Sekiranya, papan nama jalan itu sekali lagi dirosakkan, apabila kecemasan berlaku di kawasan berhampiran jalan itu tidak dapat dikesan kerana papan nama jalan tidak dapat dibaca atau dilihat oleh anggota keselamatan. Bagaimana jika kecemasan berlaku pada ahli keluarga kepada orang yang tidak berperikemanusiaan itu?

Saya tidak dapat membuat apa-apa buat masa ini kerana tidak dapat tahu orang yang membuatnya. Jikalau saya dapat menangkap orang itu, saya tidak akan teragak-agak untuk meluahkan kata-kata kesat terhadap orang yang bangang itu. Seterusnya saya akan membawanya ke balai polis untuk vandalisme.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates