Thursday, February 25, 2010

Hukuman sebat adalah wajar

Baru-baru ini, beberapa orang wanita dikenakan hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah dan telah dijatuhkan hukuman tersebut. Perkara ini telah menjadi satu bahan bantahan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan yang lain kerana melanggar hak asasi manusia dan sebagainya. Adakah hukuman sebat sebegini adalah suatu perkara yang tidak boleh dilaksanakan?

Saya amat berpendapat bahawa hukaman sebat patut dilaksanakan dengan keras kerana ia akan memperingati mereka bahawa kesan rotan itu adalah satu pengajaran yang berat kepada mereka. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, hukuman sebat amat berkesan pada mereka. Sepertimana pada zaman kanak-kanak saya, saya akan dirotan oleh ibu atau bapa sekiranya saya telah membuat kesalahan. Sekiranya, kesalahan yang saya lakukan itu amat berat maka hukuman saya juga akan lebih keras.

Kanak-kanak dan remaja zaman kini tidak didedahkan kepada rotan oleh ibubapa mereka kerana ini akan membawa kepada kes dera. Oleh itu, sekiranya hukuman sebat dijalankan akan memberi kesan kepada mereka untuk menginsafi kesalahan yang dilakukannya. Lebih berat kesalahan, lebih keras hukumannya. Ini bukan sesuatu yang menyalahi hak asasi manusia, tetapi kesan impak yang positif akan memberi kebaikan daripada keburukan. Mereka dapat diingatkan supaya jikalau membuat salah, hukuman akan bersiap sedia untuknya.

Dengan terlaksananya hukuman sebat secara berkesan, pra remaja akan berfikir secara waras sebelum bertindak. Mereka perlu didedahkan secara lebih ke atas undang-undang negara yang sedia ada supaya mereka dapat menabur bakti kepada negara, bukan memusnahkan negara. Yang penting, semua ini dapat memberi pengajaran untuk apa yang mereka telah lakukan.

1 comments:

Joe said...

Tujuan hukuman adalah utk menyedarkan pesalah.... Tapi kalau sebat ikut cara sivil akan menyebabkan org lelaki mati pucuk,sakit pinggang seumur hidup dan tak bole nak membuat kerja2 berat.... Adilkah begitu utk masa depan pesalah? Memang setiap hukuman adalah utk memberi pengajaran pada pesalah tetapi kalau pesalah tersebut telah insaf dan ingin berkahwin atau pun telah mempunyai isteri tentu isteri mereka merana krn suami atau bakal suami mereka lemah tenaga batin dan lemah anggota bdn yg lainnya..... Adilkah begitu? Cara hudud adalah terbaik bukannya hukuman ciptaan manusia

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Little Grey Rabbit in the Blogging Communities

blog malaysia: bloggers directory Komuniti Blogger Malaysia The Star R.AGE All Malaysia Info Blogger Project 大馬部落 我的部落 | 我的博客書 WWE Universe Earth Hour Who Wants To Be A Millionaire? Malaysia new RedesignMalaysia.com Blog for FT Cares! Selangor Bloggers Tweeter Malaysia
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates