Baru-baru ini, beberapa papan nama jalan telah digantikan dengan yang baru setelah papan yang lama telah rosak di kawasan perumahan saya. Sukar dipercayai bahawa papan nama jalan adalah petunjuk untuk memberitahu (sesiapa sahaja - anggota keselamatan dan kecemasan terutamanya) jalan yang mereka sedang lalui.
Namun, disebalik papan nama jalan yang memberitahu nama jalan menjadi mangsa kepada vandalisme. Papan nama jalan yang terdahulu (telah tiada semasa, kami sekeluarga berpindah ke Cheras) tidak dapat memastikan jalan yang kami sedang lalui (sedangkan kami telah berada di jalan yang betul). Papan nama jalan itu hanya digantikan dengan papan kayu yang dicatkan bersama nama jalan oleh penduduk setempat.
Ada beberapa papan nama jalan berdekatan yang elok sebelum ini telah dicatkan dengan cat hitam ke atas nama jalan sehinggakan nama jalan tersebut tidak dapat dilihat lagi. Ada juga yang ditampal dengan stiker Ah Long. Sepertimana yang dapat dilihat, (kawasan sekitar) papan tanda yang baru di atas, telah menjadi tempat pembuangan sampah sarap. Kadang-kala, sampah sarap ini kemudian akan dibakar oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sekali lagi, papan nama jalan ini akan rosak.
Rakyat Malaysia yang dikatakan prihatin ini menjadi sampah masyarakat. Tidak mengira siapa atau di mana pun, papan nama (atau papan tanda) jalan akan dijadikan bahan vandalisme. Amat menyedihkan. Malaysia Truly Asia? Rasanya tidak.

0 comments:
Post a Comment